29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Bunuh diri: 20 NGO sedia khidmat bantuan psikologikal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bekerjasama dengan 20 badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyediakan perkhidmatan bantuan psikologikal kepada sesiapa yang memerlukan menerusi kempen Let’s Talk Minda Sihat.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pandemik COVID-19 telah memberikan kesan besar kepada kesejahteraan kehidupan dan kesihatan mental kita semua.

Menurutnya, tekanan perasaan bukanlah perkara yang boleh diambil ringan dan perlu diberikan perhatian segera.

“Kami di KKM sentiasa bersama anda. Menerusi kempen Let’s Talk Minda Sihat, KKM telah bekerjasama dengan 20 NGO untuk menyediakan perkhidmatan bantuan psikologikal kepada sesiapa yang memerlukan.

“Jangan simpan atau pendam bersendirian, kami sedia membantu,” kongsinya di Facebook hari ini.

Bersempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia hari ini, beliau menyeru semua pihak untuk bersama-sama mengambil tahu dan peka dengan keadaan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan kenalan.

“Sentiasa bertanya khabar dan luangkan masa sekiranya mereka memerlukan tempat untuk berkongsi cerita mereka.

We must CARE about challenges faced by our own kin, our friends, our neighbours. Suicide can be prevented but it’s important for everyone to play a role. Look out for each other because through action we can create hope.

Help is always available. Ask, listen and stop the stigma. We can save a life if we just pay attention to the people around us,” kongsinya.

Untuk rekod, bagi tujuh bulan pertama tahun ini, sejumlah 638 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berbanding 262 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lalu.

Berlaku peningkatan sebanyak 143 peratus atau 1.4 kali kes yang dilaporkan berbanding rekod tahun lalu.

Bunuh diri berada di antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab ke-4 kematian bagi mereka yang berumur daripada 15 hingga 29 tahun.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan