28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

19,754 pelajar terima manfaat Program Food Bank Siswa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai 19,754 pelajar akan mendapat manfaat daripada inisiatif Program Food Bank Siswa yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini adalah sebagai kesinambungan program, yang diteruskan lagi kepada 27 buah Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) serta Politeknik di seluruh negara sejak diperkenalkan sejak 15 Februari 2019.

“Program ini dilaksanakan adalah bertujuan memberi bantuan makanan kepada pelajar yang memerlukan dan meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh pelajar tersebut.

“KPDNHEP akan terus komited untuk mempergiatkan usaha bagi membantu pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) daripada keluarga kurang berkemampuan agar mereka dapat memberi fokus dengan lebih baik terhadap pembelajaran,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Advertisements

Alexander berkata, dua buah IPT telah mula terbabit melaksanakan program ini iaitu Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) dan Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Katanya lagi, kementerian mengambil maklum pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus dilaksanakan berperingkat mulai 15 Oktober 2021.

“KPDNHEP juga sedang membuat persediaan untuk melaksanakan Program Food Bank Siswa di tiga buah IPT lagi iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Management Science University (MSU), Shah Alam dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cawangan Johor.

“Pelaksanaan Program Food Bank Siswa ini menggunakan konsep Food Pantry di mana pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) akan menyediakan tempat penyimpanan makanan kering untuk diagihkan kepada pelajar mengikut jadual yang ditetapkan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tujuh wira, tiga wirawati korban nahas helikopter TUDM

NAHAS dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertembung sebelum terhempas di Kompleks Sukan TLDM Lumut mengorbankan tujuh...

Lagi Artikel Berkaitan