26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

250 kematian dilaporkan, 49 kes BID – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 250 kes kematian COVID -19 termasuk 91 kes kematian sebenar dilaporkan bagi tempoh purata tujuh hari, berdasarkan data laman web COVIDNOW.

Maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam memaklumkan, angka tersebut menjadikan jumlah kes kematian COVID -19 di Malaysia sebanyak 24,931 kes.

“Terdapat 49 kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kumulatif kes BID sebanyak 4,887 kes,”katanya.

Negeri yang mencatatkan kematian melibatkan Selangor (65), Sabah (43), Johor (41), Pulau Pinang (20), Kelantan (14), Perak (14), Sarawak (16), Pahang (9), Kedah (6), Terengganu (6), Kuala Lumpur (6), Negeri Sembilan (4), Melaka (3) dan Perlis (3) serta tiada kes dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Sehingga kini, terdapat 195,837 kes aktif terdiri daripada 163,875 kes dikuarantin di rumah, 20,786 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC), 10,121 kes di hospital, 460 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 595 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan