36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

475 VOC, kes harian bawah angka 14,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Terdapat 475 kes melibatkan jangkitan Variant of Concern (VOC) dikesan di seluruh negara menerusi kajian berterusan dari 13 September hingga semalam.

Ia dikesan menerusi kajian oleh Institute of Health and Community Medicine (IHCM-UNIMAS), Malaysia Genome Institute (MGI), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Institute for Medical Research (IMR), UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM), dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua VOC yang dikesan itu terdiri daripada 472 kes varian Delta (B.1.617.2) dan tiga kes varian Beta (B.1.351).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,860 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 1,840 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,”katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau berkata, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 1,612 kes varian Delta, 214 kes varian Beta, dan 14 kes varian Alpha.

“Bagi VOI pula, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.

“Kesemua 475 kes tersebut ditemui di Sarawak (302), Selangor (54), Sabah (28), Pulau Pinang (24), Pahang (17), Johor (13), Kuala Lumpur (12), Perlis (7), Terengganu (6), Kedah (5), Negeri Sembilan (4) serta Melaka, Putrajaya dan Kelantan (masing-masing satu kes), “katanya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham memaklumkan, kes harian merekodkan angka di bawah 14,000 dengan 13,899 kes hari ini.

Katanya, dengan pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 2,185,131 kes.

Beliau berkata, Sarawak kembali kes tertinggi dengan sebanyak 2,712 kes dilaporkan.

“Diikuti oleh Selangor sebanyak 2,341 kes, Johor sebanyak (1,377 kes), Kelantan (1,170 kes), Perak (1,128 kes) dan Pulau Pinang (1,060 kes).

“Sementara, Sabah (962 kes), Pahang (779 kes), Terengganu (760 kes), Kedah (708 kes), Melaka (339 kes), Kuala Lumpur (310 kes) dan Negeri Sembilan (194 kes).

“Putrajaya (37 kes), Perlis (17 kes) dan Labuan (lima kes),” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kes sembuh merekodkan sebanyak 18,074 kes sekali gus mengatasi kes harian sebanyak 13,899 kes termasuk enam daripadanya kes import.

“Terdapat 1,071 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 601 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada 13,899 kes, 211 kes (1.5 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 13,688 kes (98.5 peratus) kategori satu dan dua,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, 12 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada lima kluster tempat kerja, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi, dua kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pendidikan lain serta keagamaan.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan