32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

559,200 lagi dos vaksin AstraZeneca dihantar ke Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah 559,200 lagi dos vaksin keluaran AstraZeneca telah dihantar ke negara ini semalam dalam usaha memerangi pendemik Covid-19.

Penghantaran terbaharu berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha syarikat pengeluar vaksin berkenaan untuk menyampaikan sebanyak 6.4 juta dos vaksin ke negara ini.

Presiden AstraZeneca di Malaysia, Dr Sanjeev Panchal dalam satu kenyataan menyatakan sehingga kini, lebih 3.3 juta dos vaksin AstraZeneca COVID-19 telah dihantar ke Malaysia.

“Penghantaran vaksin ini adalah di saat genting apabila negara ini sedang mengalami peningkatan kes disebabkan varian baru yang mengancam usaha untuk keluar dari wabak berkenaan.

“Terdapat keperluan bagi mengekalkan kesinambungan bekalan jangka panjang vaksin COVID-19 ini dalam usaha menyokong vaksinasi rakyat negara ini dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dr Sanjeev berkata, pihaknya akan terus komitmen dalam memastikan keutamaan penyediaan vaksin bagi mengekang penyebaran virus dan seterusnya membantu negara untuk pulih dari segi kesihatan serta ekonomi.

Baca juga:   Ikmal Hisham nafi beri G-Shock, payung program PN

Menurutnya, sehingga kini hampir 30 juta dos vaksin AstraZeneca COVID-19 telah dihantar ke seluruh negara ASEAN.

“Malah, lebih satu bilion dos vaksin AstraZeneca telah dikeluarkan untuk dibekalkan ke lebih 170 negara tanpa keuntungan sebagai sebahagian komitmen AstraZeneca untuk akses vaksin yang lebih luas dan adil.

“Sebilangan besar dos telah dihantar ke negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Baca juga:   Tip pematuhan SOP elak kena Covid-19, kompaun

Menurutnya, AstraZeneca merupakan pembekal terbesar ketiga dos vaksin COVID-19 dan merupakan syarikat farmaseutikal global pertama yang menyertai COVAX pada Jun lalu.

“Lebih daripada 100 juta dos vaksin COVID-19 syarikat ini telah dihantar melalui COVAX setakat ini.

-EDISI9

Terkini

Gred guru besar, penolong kanan ditingkatkan sehingga DG54

GRED guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54 yang akan memberi...

Lagi Artikel Berkaitan