27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

‘Sultan Melaka’ meninggal dunia akibat Covid-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tuanku Raja Noor Jan Shah, 64, yang pernah mendakwa sebagai Sultan Melaka meninggal dunia hari ini akibat Covid-19 di Hospital Selayang.

Berita sedih itu dimuatnaik dalam laman akaun Facebook Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah di laman sosial hari ini.

“Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja Noor Jan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Salam takziah buat Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf (isteri) serta seluruh ahli keluarga dan kerabat,” katanya.

Rani turut mendoakan semoga roh almarhum Tuanku dicucuri rahmat.

Noor Jan Shah, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa merupakan Sultan Melaka.

Pada tahun 2019, Allahyarham pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar sebagai Sultan Melaka.

Noor Jan didakwa melakukan kesalahan itu pada Majlis Istiadat di A’Famosa Resort Melaka, Alor Gajah, pada jam 10 malam, 28 Disember 2013.

Bagaimanapun, Allahyarham dibebaskan daripada pertuduhan tersebut berikutan kegagalan pihak pendakwaan menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan