30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

53% rakyat dewasa Malaysia sudah lengkap divaksin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kadar vaksinasi negara kini mencatatkan sebanyak 53 peratus populasi dewasa berusia 18 tahun ke atas telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, peratusan berkenaan adalah bersamaan dengan 12,408,803 individu, manakala bagi dos pertama sebanyak 17,961,600 individu telah menerima vaksin bersamaan 76.7 peratus populasi penduduk dewasa di negara ini.

Menurut perkongsian berkenaan, jumlah pemberian dos harian juga mencapai sebanyak 483,855 dos membabitkan 155,030 bagi dos pertama, manakala 328,825 bagi dos kedua.

Laporan harian pemberian dos vaksin sehingga 20 Ogos (semalam)

Selangor mencatatkan pemberian dos harian tertinggi dengan sebanyak 99,070 dos kedua diberikan, manakala dos pertama pula sebanyak 14,975 dos.

Kuala Lumpur pula mencatatkan pemberian dos harian kedua tertinggi dengan sebanyak 60,039 dos kedua diberikan, manakala, dos pertama pula sebanyak 13,746 dos.

Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin mengikut pecahan negeri dan Lembah Klang sehingga 20 Ogos (semalam)

Negeri ketiga yang mencatatkan pemberian dos harian tertinggi ialah Johor dengan sebanyak 38,681 dos kedua diberikan, manakala, dos pertama pula sebanyak 29,323 dos.

Lembah Klang dan empat negeri mencatatkan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin melebihi 50 peratus bagi populasi penduduk dewasa iaitu Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 90.4 peratus; Sarawak (83.6 peratus); Lembah Klang iaitu membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Selangor (78.8 peratus); Negeri Sembilan (70.1 peratus) dan Perlis (59.9 peratus).

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan