25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tindakan UMNO buka peluang PH kembali berkuasa

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tindakan kira-kira 12 Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mengundang penguasaan semula Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran negara.

Di atas kertas, tindakan tersebut mencerahkan peluang PH yang diketuai oleh DAP untuk mentadbir semula Putrajaya selepas hanya bertahan 22 bulan pemerintahan sejak memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Berdasarkan data keanggotaan Dewan Rakyat seperti di papar laman web rasmi Parlimen, kerusi pembangkang kini mempunyai 105 kerusi yang terdiri daripada DAP (42 kerusi), PKR (35), Amanah (11), Warisan (8), Pejuang (4), PSB (2) dan masing-masing satu kerusi milik STAR, UPKO dan MUDA (Bebas).

Manakala PN yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan PBS mempunyai 50 kerusi dan membentuk kerajaan pada Mac tahun lalu hasil sokongan Barisan Nasional iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS yang memiliki 42 kerusi serta Gabungan Parti Sarawak sebanyak 18 kerusi.

Menurut seorang pemerhati politik, jika 12 anggota Parlimen dari UMNO menarik balik sokongan kepada PN dan Muhyiddin, bermakna kerajaan telah hilang majoriti dan membolehkan PH kembali membentuk kerajaan.

“Jika ini berlaku, bermakna Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pasti akan dicalonkan oleh PH untuk menjadi Perdana Menteri, sekali gus mengembalikan igauan buruk rakyat sepanjang 22 bulan pemerintahan PH sebelum ini.

Advertisements

“Jadi begitu, benarlah desas-desus sebelum ini bahawa Zahid membawa jajaran baharu politik UMNO dengan menyokong PH bagi menumbangkan PN dan Muhyiddin serta mengangkat Anwar yang dianggapnya sebagai cikgu sebagai PM,” katanya kepada Edisi 9.

Beliau yang enggan dikenali mengulas pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi petang bahawa parti itu menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan secara maya hari ini.

Sebelum ini, seramai 30 ahli Parlimen BN dilaporkan sudah menandatangani surat akuan menyokong Muhyiddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

Keputusan MT UMNO itu juga mengesahkan bahawa UMNO dan BN kini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mereka yang pro-Muhyiddin dan kumpulan anti-Muhyiddin.

“Inilah sebetulnya yang diharapkan oleh DAP dan PH, menyaksikan UMNO berpecah dan parti-parti Melayu berpecah. Dengan perpecahan ini memudahkan mereka kembali berkuasa,” kata pemerhati politik tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan