31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tidak salah bentuk kerajaan minoriti, kata Gopal Sri Ram

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tidak menjadai satu kesalahan di bawah undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan sekiranya kerajaan minoriti dibentuk, kata bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Ini kerana, menurut beliau, terdapat beberapa negara lain yang ditadbir oleh kerajaan minoriti dan India sebagai contoh, pernah diperintah oleh kerajaan minoriti selama dua tahun.

“Sekiranya pihak pembangkang bersetuju, boleh sahaja menubuhkan kerajaan minoriti.

“Bi-partisian atau persefahaman rentas parti seperti yang disarankan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, apa yang boleh saya katakan ialah terpulang kepada pihak pembangkang untuk membuat keputusan,” katanya seperti dilapor Suara Merdeka.

Gopal mengulas cadangan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan kerjasama dengan parti-parti politik di luar kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan lebih stabil dan inklusif.

Ini susulan usul undi percaya yang akan dikemukakan terhadap Perdana Menteri dalam sidang Parlimen bulan depan.

Advertisements

Menurut Gopal, Yang di-Pertuan Agong tidak perlu membubarkan Parlimen sekiranya usul tersebut ditolak oleh majoriti ahli Parlimen dalam undian nanti.

“Jika Perdana Menteri berkata buat pilihan raya, Agong boleh menolaknya dan juga boleh memanggil sesiapa sahaja yang dihendaki untuk membentuk majoriti,” ujar beliau.

Mengenai usul agar jawatan Perdana Menteri dihadkan untuk dua penggal, Gopal berpendapat itu merupakan satu cadangan yang sangat diplomatik.

“Menjadi kerajaan selama dua penggal? Tidak mungkin. Tidak mungkin dapat dilaksanakan. Untuk meluluskan sesuatu rang undang-undang pun memerlukan sokongan dua pertiga dan kalau mahu meneruskan dengan cadangan ini, perlulah dibuat perubahan perlembagaan.

“Ini adalah satu langkah yang tidak betul, kalau tiga penggal dan tidak melebihi 15 tahun, boleh diambil kira,” kata beliau.

Sambil memberi contoh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah selama 22 bulan, beliau berkata, sebagai kerajaan untuk tempoh tersebut, tiada banyak perkara yang dapat dilakukan,” katanya.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan