27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Ahli politik diingat ambil serius titah Sultan Johor

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli-ahli politik di seluruh negara diingat agar menyahut seruan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar berhenti berebut kuasa kerana polemik berterusan merugikan rakyat dan negara.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Datuk Sharudin Omar berkata, walaupun peringatan Baginda dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor namun perlu dipandang serius semua pihak.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam yang tidak teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan baginda sekarang perlu dipandang serius semua pihak.

Ahli-ahli politik bukan sahaja di Johor tetapi seluruh negara perlu menjadikan titah itu sebagai pedoman dan sedar tanggungjawab yang dipikul sebagai wakil rakyat.

Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara ketika ini, soal paling penting adalah memikirkan tentang kebajikan rakyat dan kedudukan ekonomi.

Advertisements

Bukannya membuat percaturan politik bagi mengambil alih kuasa sebagai kerajaan.

Kerajaan yang sah ketika ini perlu diberi ruang untuk meneruskan usaha
menangani masalah COVID-19 tanpa ada cubaan bagi menjatuhkan atau
mengambil alih kuasa.

Ahli politik pembangkang juga perlu bekerjasama menyumbang idea dan mencari titik persamaan bagi mendahulukan kepentingan negara.

Ini adalah kerana titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu merupakan pandangan tegas dan mungkin juga pandangan majoriti Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri masing-masing.

Justeru ahli-ahli politik diingatkan supaya menyahut seruan Baginda Tuanku agar berhenti berebut kuasa kerana polemik yang berterusan hanya merugikan rakyat dan negara.

Seruan Perdana Menteri untuk mengajak semua pembangkang bekerjasama secara bipartisan adalah sangat baik demi menjamin kestabilan negara serta memastikan kerajaan terus dapat berfungsi ketika pandemik COVID-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan