29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

26,851,765 dos vaksin, lebih 10 juta individu lengkap dos kedua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 terus meningkat, dan telapun mencecah  26,851,765 dos diberikan kepada penerima setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah itu, seramai 16,707,566 orang telah menerima suntikan dos pertama atau bersamaan 51.2 peratus jumlah populasi di Malaysia.

Manakala 10,144,199 orang telah menerima suntikan dos kedua atau 31.1 peratus jumlah populasi sekaligus telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Lembah Klang terus merekodkan jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 tertinggi dengan  6,390, 825 dos pertama atau bersamaan 75.9 peratus jumlah populasi (103.7 peratus jumlah populasi dewasa).

Sementara, sejumlah 3,860, 450 bagi dos kedua atau bersamaan 45.8 peratus jumlah populasi (62.6 peratus jumlah populasi dewasa).

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter bekata, semalam sahaja, sebanyak 462, 860 dos pemberian harian vaksin COVID diberikan kepada penerima pada 13 Ogos.

Laporan harian pemberian dos vaksin yang dikeluarkan JKJAV.

“Daripada jumlah itu, sejumlah 162,182 bagi dos pertama, manakala sejumlah 300,678 bagi dos kedua,”katanya.

Dalam pada itu, Selangor terus mencatatkan pemberian dos vaksin harian tertinggi dengan sebanyak  23,469 bagi dos pertama dan sebanyak 92,782 bagi dos kedua.

Diikuti, Kuala Lumpur dengan sebanyak 8,287 bagi dos pertama manakala sebanyak 49, 776 bagi dos kedua dan Johor sebanyak 42,339 dos pertama manakala sebanyak 25,912 bagi dos kedua.

Bagaimanapun, Labuan merekodkan pemberian dos vaksin harian terendah semalam dengan sejumlah 100 dos untuk penerima vaksin dos pertama manakala 308 dos untuk penerima vaksin dos kedua. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan