30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Sidang Khas Parlimen sepatutnya cari penyelesaian isu Covid-19

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sidang Khas Dewan Rakyat minggu lepas sepatutnya dijadikan platform untuk Ahli Parlimen bersepakat mencari jalan penyelesaian bagi menangai penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, malangnya, sidang berkenaan telah dijadikan platform oleh pembangkang untuk melahirkan defisit kepercayaan terhadap kerajaan dan berusaha mendapatkan sokongan bagi kepentingan peribadi.

Memetik laporan Bernama, beliau berkata, tindakan pembangkang mencari kesalahan secara berterusan dan berusaha mendapatkan sokongan bagi kepentingan sendiri tapa mengemukakan cadangan penyelesaian ataupun penambahbaikan akan memberi isyarat yang salah kepada rakyat.

“Kenapa ramai mahukan sidang khas Parlimen ini, adalah untuk memberikan keutamaan atau kepentingan kepada soal rakyat.

“Namun isu lebih tertumpu kepada soal Ordinan tidak membawa kepada perbincangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sepenuhnya,” kata Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 29 Julai lalu yang sepatutnya membincangkan isu sosial dan ekonomi rakyat bertukar topik selepas tumpuan beralih kepada isu darurat susulan kenyataan Istana Negara dan menimbulkan kekecohan dalam kalangan wakil rakyat.

Advertisements

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz turut melahirkan rasa sedih dan eksal susulan kekecohan yang berlaku dalam sidang khas tersebut.

Beliau berkata, pihak eksekutif tidak mendapat peluang yang sewajarnya untuk menerangkan usaha yang dijalankan bagi menangani pandemik Covid-19 termasuk PPN kerana terlalu banyak pencelahan daripada pembangkang.

Menurutnya, masa juga dibuang untuk membuat tafsiran sendiri oleh barisan wakil rakyat dari sudut undang-udang mengenai penamatan Ordinan Darurat.

“Sikap Ahli Parlimen pembangakng yang suka menggembar-gemburkan dan memperlekeh usaha kerajaan tidak berubah sejak dahulu.

“Dalam suasana sebegini, pembangkang perlun konstruktif melontarkan cadangan untukl diambil kira oleh kerajaan. Jangan ambil peluang jadi jaguh atau juara yang akhirnya apa pun tidak menjadi,” kata bekas Timbalan Menteri Kewangan itu.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan