25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Selamat kembali ke Old Trafford, Ronaldo!

Mesti Baca

ITULAH ucapan seluruh peminat Manchester United yang menyambut kepulangan bekas bintang sensasinya, Cristiano Ronaldo yang berjaya disambar kelab dengan yuran perpindahan 20 juta Euro (RM98.9 juta) dari Juventus.

Berita kepulangan Ronaldo, 36, ke Old Trafford bukan sahaja menyebabkan saham syarikat kelab itu melonjak di bursa saham, malah laman web rasminya juga turut ‘down’ beberapa kali gara-gara menerima kunjungan luar biasa.

Menurut akaun Twitter rasmi Telegraph Investing, saham kelab gergasi itu naik semasa khabar angin perpindahan tersebut menjadi bualan hangat.

“Saham kelab Manchester United telah melonjak naik sebanyak 5 peratus semasa khabar angin bahawa Cristiano Ronaldo bakal sertai kelab itu beredar,” tulisnya di Twitter.

Ini bermakna Manchester United PLC berjaya menjana kira-kira USD250 juta (RM1.04 bilion) daripada peningkatan saham selepas perindahaan pemenang lima kali Ballon d’Or itu.

United yang membuat bidaan saat-saat akhir jendela perpindahan ditutup, berjaya membuatkan kelab jirannya Manchester City berputih mata yang sebelum ini hampir pasti menjadi milik mereka.

Bagaimanapun bidaan yang dilakukan United dalam tempoh beberapa jam telah berjaya membawa pulang Ronaldo ke kelab tersebut setelah 12 tahun meninggalkannya.

Ronaldo menyertai United dari Sporting Lisbon sebagai pemain remaja yang tidak dikenali pada 2003, dan meluangkan kariernya selama enam musim di kelab Liga Perdana Inggeris.

Pemain Portugal itu telah menjaringkan 118 gol daripada 292 penampilan bersama kelab tersebut sebelum ini.

Sepanjang tempoh itu, Ronaldo memenangi tiga kejuaraan Premier League, satu kejuaraan Piala FA, dan satu kejuaraan Champions Legaue. Beliau turut memenangi anugerah Ballon d’or pertamanya bersama Manchester United.

Ronaldo kemudiannya berhijrah ke Real Madrid dengan rekod perpindahan dunia bernilai £80 juta pada 2009 sebelum menyertai Juventus pada 2018.

Ronaldo sudah pun dianggap sebagai legenda di kalangan penyokong United.

Pemain itu dijangka akan melakukan pemeriksaan kesihatan beberapa hari lagi selepas perpindahan tersebut turut diumumkan secara rasmi oleh Manchester United hari ini. – Agensi

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan