25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

22,070 kes direkod hari ini, 412 kes kategori 3 hingga 5

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 22,070 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif terkumpul sebanyak 1,662,913 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dari jumlah kes baharu berkenaan, sebanyak 412 kes iaitu bersamaan 1.9 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Manakala menurutnya, sebanyak 21,658 kes iaitu bersamaan 98.1 peratus lagi adalah terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2.

Status terkini Covid-19 Malaysia 27 Ogos. -Kredit CPRC Kebangsaan & CITF

“Secara keseluruhan, 17,029 kes iaitu bersamaan 77.2 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 339 kes kematian direkodkan hari ini yang melibatkan 103 kes di Selangor, 41 kes di Sabah, 40 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 38 kes di Pulau Pinang, 37 kes di Johor, 20 kes di Kedah, 15 kes di Perak, 13 kes di Negeri Sembilan, masing-masing lapan lapan kes di Kelantan dan Pahang, enam kes di Melaka, lima kes di Terengganu, tiga kes di Sarawak, serta dua kes di Perlis.

Menurutnya, jumlah kematian harian terbaharu berkenaan menjadikan jumlah individu terkorban di negara ini susulan pendemik Covid-19 mencecah sebanyak 15,550 kes bersamaan 0.94 peratus daripada keseluruhan kes.

“Sebanyak 99 kes kematian di luar hospital (BID) direkodkan di mana 74 daripadanya merupakan warganegara Malaysia.

Advertisements

“Kes sembuh harian pula sebanyak 21,877 kes, manakala, terdapat 982 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 470 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, sebanyak 28 kluster baharu direkodkan menjadikan sehingga kini sebanyak 1,467 kluster masih aktif.

“Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 (nilai RT) Malaysia adalah sebanyak 1.02. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis iaitu nilai RT 1.23; diikuti oleh Sarawak, nilai1.20; dan Sabah, nilai RT 1.19.

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun menurutnya, Selangor masih mencatatkan kes terbaharu tertinggi iaitu sebanyak 5,920 kes diikuti Sabah (3,010 kes), Sarawak (2,224) dan Kedah (2,072).

Selain itu, Pulau Pinang (1,829), Johor (1,809), Kuala Lumpur (1,068) dan Kelantan (1,051).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan