24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Najib pertahan barisan Kabinet Ismail Sabri

Mesti Baca

CYBERJAYA – Jika sebelum ini Datuk Seri Najib Tun Razak menuduh kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘kerajaan gagal’.

Hari ini nadanya berbeza apabila mempertahankan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengekalkan sebahagian besar menteri Kabinet Muhyiddin, termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahli Parlimen Gombak itu kekal sebagai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai mana ketika di bawah Muhyiddin.

Malah Azmin yang sentiasa menjadi bahan kritikan Najib kerana dikatakan menteri yang bertanggungjawab terhadap peningkatan kes COVID-19 apabila membenarkan kilang-kilang beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman Kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan menteri dan timbalan menteri adalah orang yang sama dan ini adalah Kabinet recycle.

“Bagaimanapun, saya faham kenapa PM9 dan YDP (Yang di-Pertuan) Agong membuat keputusan berikut. Agar mengelak perubahan terlalu besar dilakukan pada ketika tempoh kritikal ini,” kata Najib menerusi Facebook hari ini.

Sebelum ini bekas Perdana Menteri itu bersama 14 lagi Ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin sehingga memaksa Ahli Parlimen Pagoh itu melepaskan jawatan pada 16 Ogos lalu.

Najib, sambil mempertahankan Kabinet Ismail Sabri, berkata, sebenarnya hampir separuh kementerian kerajaan telah bertukar pemimpin.

Antaranya ialah Luar Negara, Kesihatan, Pertahanan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Komunikasi dan Multimedia dan Wilayah Persekutuan.

Kementerian-kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Pembangunan Luar Bandar, Belia dan Sukan serta Usahawan dan Koperasi turut berlaku pertukaran menteri dan timbalan menteri.

Advertisements

“Selain itu, menteri-menteri bagi agama, undang-undang dan Tugas-Tugas Khas Jabatan Perdana Menteri turut bertukar.

“Tapi saya percaya bahawa dasar MKN (Majlis Keselamatan Negara) bagi pengawalan COVID-19 juga akan berubah sebab ketua MKN telah bertukar.

“Dan jika ada yang masih mahu buka pintu belakang, ketua MKN baharu yang mempunyai hak serta kuasa bagi keputusan terakhir perlaksanaan dasar akan menghalangkan,” katanya.

Justeru, Najib berkata, harapan beliau kini agar Kabinet yang dibentuk hari ini perlu berdasarkan hasil dan pencapaian sebagaimana ditetapkan Ismail Sabri.

“Dan PM9 akan gugurkan menteri-menteri yang gagal membuktikan pencapaian serta kemampuan mereka selepas tempoh 100 hari yang diberi telah berlalu.

“Insya-Allah, saya akan membantu seberapa yang mungkin dalam usaha memulihkan negara dari segi COVID-19, ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan beliau sekiranya Ismail Sabri menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan pemimpin UMNO yang kini berdepan dengan kes-kes mahkamah daripada tuduhan.

Dalam wawancara dengan Insight Talk, Pengerusi parti Pejuang itu berkata, kebimbangan beliau kerana kuasa Naib Presiden UMNO itu sebagai Perdana Menteri mengatasi Peguam Negara dalam kerajaan.

Selain itu, para pemimpin UMNO yang digelar ‘kluster mahkamah’ itu lebih kanan kedudukan mereka dalam parti itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan