23.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

PM kuarantin kendiri, tidak dapat hadir istiadat angkat sumpah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri di Istana Negara, petang ini, kerana menjalani kuarantin kendiri.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Ismail Sabri mula menjalani kuarantin kendiri hari ini, selepas disahkan menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri istiadat berkenaan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, esok, Perdana Menteri akan menyertainya secara maya,” katanya.

Advertisements

Hari ini, Istana Negara kembali menjadi tumpuan media bagi membuat liputan istiadat terbabit yang akan berlangsung pada jam 2.30 petang.

Seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri dijadualkan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, mengesahkan beliau dijangkiti COVID-19 dan tidak dapat menghadiri istiadat berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan