27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

19,268 kes harian baharu, 95 kes kategori 5

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes harian baharu COVID-19 hari merekodkan angka di bawah 20,000 dengan 19,268 kes hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 1,725,357 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor juga terus merekodkan pengurangan kes iaitu sebanyak 3,567 kes dilaporkan hari ini.

“Diikuti oleh Sabah sebanyak 2,310 kes dan Johor sebanyak 2,265 kes.

“Kedah pula (2,084 kes), Sarawak (2,028 kes), Pulau Pinang (1,780 kes), Kelantan (1,308 kes), Perak (1,144 kes), Pahang (788 kes), Kuala Lumpur (672 kes), Terengganu (544 kes), Melaka (395 kes) dan Negeri Sembilan (269 kes).

“Selebihnya, Perlis (71 kes), Putrajaya (41 kes) dan Labuan (dua kes),” katanya terdahulu menerusi hantaran di Facebook beliau di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh melebihi kes harian dengan sebanyak 21,257 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh COVID -19 mencecah 1,443,262 kes.

“Pesakit sedang dirawat dan diasingkan mencatatkan sebanyak 265,713 kes termasuk 1,033 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 476 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sementara, terdapat 295 kes kematian lagi dilaporkan pada hari ini dengan melibatkan 261 warga Malaysia dan 34 warga asing.

“Sebanyak 53 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah kes kematian COVID -19 sebanyak 16,382 kes,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 399 kes (2.1 peratus) daripada jumlah kes hari ini adalah daripada kategori tiga, empat dan lima serta 18,869 kes (97.9 peratus) kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19.

“Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, 14,664 kes (76.1 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID -19 bagi mengurangkan risiko jangkitan serius,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 95 kes daripada kategori lima dicatatkan dengan 83 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 95 kes kategori empat dengan 71 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 209 kes kategori tiga dengan 164 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 9,715 kes kategori dua dengan 7,452 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi manakala, 9,154 kes kategori satu serta 6,894 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Sementara itu, katanya, 36 kluster baharu dikenal pasti lagi, terdiri daripada 17 kluster tempat kerja, 14 kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu kluster pendidikan lain, pendidikan tinggi dan pusat tahanan.-Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan