Thursday, July 23, 2026

Kehilangan tokoh pemimpin yang disegani – Ismail Sabri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pemergian Allahyarham Tun Sakaran Dandai, suatu kehilangan tokoh yang cukup disegani terutamanya bagi warga Sabah.

Ismail Sabri turut berdukacita apabila mendengar berita tentang  pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri Sabah, itu pada pukul 6 pagi tadi.

“Allahyarham telah memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan negara khususnya di Sabah, merangkumi pelbagai aspek terutama sosioekonomi.

“Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham dan warga Sabah atas kehilangan tokoh pemimpin yang disegani ini. Semoga tabah menghadapi ujian ini.

 “Saya juga mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, diampuni segala dosa, diterima amal soleh dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.Al-Fatihah,”katanya. – Edisi 9 

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan