26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Yee Khie sumbang perak untuk negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PETALING JAYA – Atlet Powerlifting Paralimpik negara, Jong Yee Khie berjaya meraih pingat Perak dalam Acara Powerlifting 107 kilogram (kg) lelaki sebentar tadi.

Dengan kejayaan itu, Malaysia memenangi pingat kedua dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Memetik laporan Utusan Online, kejayaan itu dicapai setelah Yee Khie terlepas angkatan pertama 230kg bagaimanapun Yee Khie kembali bangkit dan berjaya mengangkat bebanan 237kg pada angkatan kedua.

Peserta pilihan yang juga pemegang rekod dunia, Enkhbayar Sodnompiljee  dari Mongolia membawa pulang emas menerusi angkatan 245kg.

Atlet Iran, Razi Saman meraih gangsa dengan 231kg.

Ini pingat kedua diraih kontinjen Malaysia di Tokyo selepas Bonnie Bunyau Gustin memenangi emas acara powerlifting 72kg lelaki.- Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan