25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Orang ramai taruh harapan kepada Ismail Sabri pulihkan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Orang ramai kini menaruh harapan tinggi kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakkob untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi negara khususnya pandemik COVID-19 dan masalah ekonomi rakyat.

Laman Facebook bukan sahaja dihujani kata-kata sokongan kepada beliau, malahan tidak ketinggalan segala harapan mereka untuk melihat Malaysia kembali pulih.

Ruangan komen netizen di Facebook, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihujani ucapan sokongan kepada pelantikan beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Daripada lebih 17,000 komen diterima di Facebook beliau, ada yang mengharapkan agar Ismail Sabri, jika dilantik sebagai Perdana Menteri, untuk memilih barisan Kabinet yang lebih cekap, berwibawa selain memikirkan soal rakyat.

Antaranya yang memberi komen ialah Izzah Jasmon yang berharap Ahli Parlimen Bera itu melakukan yang terbaik untuk agama, bangsa dan tanah air mengikut landasan Islam.

“Bukan rakyat sahaja yang memerhati, yang lebih penting Allah yang akan perhati. Pilihlah menteri kabinet yang competent,” katanya.

Bagi Alif Danish berkata: “Bakal #PM9… nanti bila dah angkat sumpah, pilih menteri-menteri yang boleh buat kerja.

Baca juga:   57.9 peratus kes jangkitan Covid-19 tiada sejarah vaksinasi

“Nanti tak pasal-pasal rakyat yang kena buat kerja untuk mereka, kena tegas tu pasti.

“Moga tiada lagi pertukaran PM sehingga PRU-15 nanti. Fokus pada rakyat, negara, ekonomi paling penting. Selamat maju jaya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Harapan yang sama disampaikan Fadzil Ibrahim yang percaya beliau antara pemimpin yang boleh rakyat harapkan.

Baca juga:   Senarai jemaah menteri akan diumum minggu ini - Ismail Sabri

“Aku bukan orang UMNO… aku sokong untuk next PM9,” katanya.

Sementara itu, Rohaida Abas turut mengharapkan agar Naib Presiden UMNO itu dapat berkhidmat dengan terbaik demi kesejahteraan rakyat.

“Pilihlah barisan Kabinet yang terbaik dan berkemampuan yang betul-betul boleh bekerja, bukan sekadar pandai beretorik sahaja. Semoga wabak dapat dibasmi dan ekonomi dapat dipulihkan.

“Kasihan kepada generasi muda yang dalam proses belajar dan baru mula membina kehidupan. Berilah mereka sinar kehidupan. Kata orang bersatu teguh, bercerai roboh,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebook pagi ini, sempat menyelitkan gambarnya bersarapan dengan keterangan gambar: “Baru nak breakfast berdua… Si oyen ni nak join jugak,” yang merujuk kepada kucing peliharaannya.

Ismail Sabri merupakan calon tunggal yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi dipertimbang sebagai Perdana Menteri Kesembilan susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu.

Beliau kini bukan sahaja calon tunggal yang dipilih oleh Barisan Nasional (BN) tetapi turut mendapat sokongan rakan-rakan Ahli Parlimen dalam Perikanan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). – Edisi 9

Baca juga:   Pertimbang pakej bantuan tangani kos sara hidup - Zahid

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan