27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Lebih 28 juta dos vaksin diberikan semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 28,837,742 dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) , setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, jumlah yang menerima dos pertama ialah seramai 17,437,286 orang manakala seramai 11,400,456 orang menerima dos kedua.

Menurut JKJAV, 53.4 peratus daripada jumlah populasi negara mendapat dos pertama manakala 34.9 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan peningkatan kepada 525,111 dos  semalam berbanding 501,776 dos kelmarin, dengan 184,972 adalah dos pertama manakala 304,139 adalah dos kedua.- Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan