27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Muhyiddin, pemimpin tiada galang ganti – Netizen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejak peletakan jawatan Perdana Menteri Isnin lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus dihujani ucapan terima kasih daripada rakyat atas khidmat bakti beliau sebagai pemimpin negara selama 18 bulan.

Rata-rata amat merasai kehilangan seorang pemimpin seperti Muhyiddin yang tidak pernah berhenti memikirkan soal kebajikan rakyat di kala negara dan dunia dilanda pandemik COVID-19 malah memohon agar beliau terus tabah.

Menyingkap ke ruangan komen Facebook Muhyddin, lebih 39,000 komen daripada netizen tidak kira bangsa dengan hashtag #Abah telah diterima yang menyampaikan ucapan terima kasih dan mendoakan ketabahan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Antaranya, penama Farah Sakirah yang mengucapkan “terima kasih kepada Tan Sri, semoga kehilangan pemimpin yang baik sepertimu memberi kesedaran kepada masyarakat yang permata itu bukan mudah dicari.

“Semoga rakyat Malaysia dilindungi Allah S.W.T,” katanya.

Sementara itu, Tan Yee Ethan mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri itu dan semua kakitangan atas usaha mereka melaksanakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah Malaysia.

Baca juga:   Perayaan semai semangat perpaduan, PM ucap selamat TBC

“Kedua ibu ayah saya berumur lewat 70-an berjaya divaksinasi. Saya mengaku bukan mudah mengurus negara dalam krisis pandemik yang serius.

“Walaupun Abah tidak 100 peratus sihat, tiap hari dicaci, dikecam, tiada sokongan, dihina, dipandang rendah namun PM earth, humble, sabar, strong, tough dan berprinsip’.

“PM Abah tidak pernah marah, tak pernah menggunakan perkataan balik China la, apa Cina mahu, balik India la, Melayu malas.

Baca juga:   Dengar 'suara malaikat' sebelum bunuh anak

“Saya akan mengenang dan menghargai jasa PM Abah selama-lamanya. Terima kasih Abah,” katanya.

Bagi Sutha Balakrishan pula berkata, “You came at the hardest point of the time yet you did the best possible. Truly appreciate, tq Father, ” katanya.

Perasaan sama turut disampaikan Akhtar Syamir yang yakin Muhyiddin akan sentiasa dikenang kerana berjaya mengendalikan gelombang awal pandemik COVID-19 dengan sangat baik.

“Di saat kami ketakutan, suara Abah secara live di TV dan skrin telefon memberikan ketenangan dan harapan.

“Kalaulah Abah ada sokongan yang lebih kuat dan tidak terpaksa memuaskan hati terlalu ramai ahli politik, saya pasti Abah akan dapat terajui Malaysia dengan sangat hebat.

“Maafkan kami Abah. Kadang-kadang kami memang kecewa tapi kami tahu Abah masih memikirkan kami.

“Terima kasih atas segalanya. Buat masa ini tiada pengganti yang lebih baik sebenarnya,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Muzium 3D pertama di Terengganu dibuka di Kertih

Wartawan

Terkini

Cecair vape kena cukai bermula hari ini

CUKAI bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 0.40 sen setiap milimiter akan berkuat kuasa bermula hari ini. Perkara...

Lagi Artikel Berkaitan