32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

22,242 kes baharu harian COVID-19, 83.8 % kes tiada vaksinasi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes harian negara melonjak naik, dengan sebanyak 22,242 kes dilaporkan hari ini, sekaligus merupakan angka tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Sebelum ini angka tertinggi dilaporkan pada 12 Ogos lalu yang melepasi 21,000 iaitu sebanyak 21,668 kes dan seterusnya sebanyak 21,468 kes pada 13 Ogos.

Dengan pertambahan kes baharu harian tersebut, menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 1,466,512 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus merekodkan angka kes tertinggi dengan sebanyak 6,858 kes, dilaporkan.

“Diikuti, Sabah sebanyak 2,413 kes dan Pulau Pinang sebanyak 1,867 kes.

“Kedah (1,852 kes), Kuala Lumpur (1,587 kes), Johor (1,477 kes), Sarawak (1,403 kes), Kelantan (1,351 kes) dan Perak (1,036 kes).

“Selebihnya, Melaka (579 kes), Negeri Sembilan (577 kes), Pahang (675 kes), Terengganu (487 kes), Perlis (50 kes), Putrajaya (25 kes) dan Labuan (lima kes),” katanya terdahulu menerusi ciapan Twitter di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan tersebut, sebanyak 18,631 kes atau 83.8 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

Menurutnya, sebanyak 254,484 kes aktif dengan kebolehjangkitan dilaporkan termasuk 1,060 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 540 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, sebanyak 19,680 kes sembuh juga tertinggi dicatatkan.

Baca juga:   3,275 pesakit COVID-19 sembuh, 5 kematian seluruh Malaysia
Baca juga:   9,178 kes sembuh hari ini, 2 kluster baharu dikesan

“Terdapat 225 kes kematian COVID -19 lagi dilaporkan pada hari ini yang turut membabitkan 27 warga asing terdiri daripada 128 lelaki dan 97 wanita serta sebanyak 35 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID),” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Tambah beliau, sebanyak 430 kes (1.9 peratus) daripada kes harian hari ini adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala, 21,812 kes (98.1 peratus) lagi kategori satu dan dua.

“Ini berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19. Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Sehubungan dengan itu, dapatkan vaksin COVID -19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius.

“Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan di dalam negara, terutama kes kategori tiga hingga lima,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 207 kes kategori lima dilaporkan dengan 188 kes atau 90.8 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 79 kes kategori empat dengan 69 kes atau 87.3 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 144 kes kategori tiga dengan 122 kes atau 84.7 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 11,177 kes kategori dua dengan 9,297 kes atau 83.2 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 10,635 kes kategori satu dengan 8,955 kes atau 84.2 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Baca juga:   Macau Scam dikesan curi wang akaun Tabung Haji

Dalam pada itu, D Noor Hisham berkata, sebanyak 49 kluster baharu dikenal pasti lagi pada hari ini terdiri daripada 30 kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti, lima kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan.

Baca juga:   Kes baharu kembali turun, 16,073 kes hari ini

Sementara itu, katanya, kadar kebolehjangkitan semalam menunjukkan, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.04 dengan negeri mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.29), diikuti oleh Sarawak (nilai RT 1.19) dan Sabah (nilai RT 1.17).

“Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan,” katanya.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Isu Kedah-Pulau Pinang: Tindakan tegas sebar maklumat palsu

TINDAKAN tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan