25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

24,599 kes baharu dengan 393 kematian, tertinggi direkodkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Negara kembali merekodkan kes baharu harian COVID-19 tertinggi hari ini, dengan sebanyak 24,599 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,640,843 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus merekodkan angka kes tertinggi dengan sebanyak 6,936 kes dilaporkan.

“Diikuti oleh Sabah sebanyak 3,487 kes dan Johor sebanyak 2,785 kes.

“Pulau Pinang (2,078 kes), Sarawak (2,024 kes), Kedah (1,538 kes), Kelantan (1,312 kes), Perak (1,170 kes), Kuala Lumpur (881 kes), Pahang (690 kes), Terengganu (567 kes), Negeri Sembilan (526 kes) dan Melaka (515 kes).

“Selebihnya, Perlis (67 kes), Putrajaya (20 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya terdahulu menerusi Facebook beliau di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pesakit sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat dengan 265,841 kes namun, kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi berkurangan berbanding semalam dengan 990 kes serta 487 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Kes kematian turut merekodkan angka tertinggi dengan 393 kes melibatkan 294 warga Malaysia dan 99 warga asing.

“Manakala, sebanyak 100 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan kes kematian mencecah 15,211 kes,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Baca juga:   Bilangan kes harian COVID-19 tidak akan dilaporkan bermula esok

Dalam masa sama beliau berkata, sebanyak 22,657 kes sembuh yang direkodkan hari ini juga merupakan angka tertinggi dengan jumlah terkini kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 1,359,791 kes.

Baca juga:   Lebih 100,000 dos vaksin diberi dalam tempoh separuh hari

Jelasnya, kes sembuh tertinggi tersebut dicatatkan dalam tempoh sebulan yang lepas dan jika dibandingkan pada 25 Julai, jumlah kes discaj dari hospital adalah 1,562 orang dan meningkat kepada 2,153 orang pada 25 Ogos.

“Ini petanda positif dan walaupun hari ini negara mencatatkan jumlah kes tertinggi sepanjang pandemik, kebanyakan kes yang dilaporkan berada di kategori klinikal satu dan dua semasa didiagnosis, iaitu 23,939 kes bersamaan 97.3 peratus daripada keseluruhan kes.

“Sebanyak 660 kes (2.7 peratus) daripada kategori tiga, empat dan lima berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19.

“Ini seiring dengan program vaksinasi yang semakin giat dijalankan di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata, sehingga semalam, sebanyak 40.8 peratus daripada keseluruhan populasi di Malaysia iaitu 56.9 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di Malaysia telah menerima vaksin.

“Secara keseluruhan 19,761 kes (80.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID -19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius.

“Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori tiga hingga lima.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin dan hadir pada tarikh janji temu seperti dijadualkan,” katanya.

Tambah beliau, di samping itu, kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) perlu terus diamalkan walaupun telah menerima dos vaksin lengkap.

Baca juga:   Majoriti penduduk Sabah memilih bersama Malaysia
Baca juga:   Hagia Sophia dibuka kepada umat Islam tunai ibadah

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 35 kluster baharu lagi dikenal pasti terdiri daripada 20 kluster tempat kerja, sembilan kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu kluster pusat tahanan dan pendidikan lain. – Edisi 9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan