32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kabinet baharu, harapan baharu rakyat Malaysia

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh SAIFUL BAHAR MOHD ARSHAD

AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menganggal kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri tidak akan stabil.

Dengan sokongan hanya 114 Ahli Parlimen, iaitu empat majoriti, beliau menilai kerajaan yang amat rapuh dan kemungkinan hanya boleh bertahan selama lima bulan sahaja.

Atas sebab itulah blok pembangkang kini bersiap sedia untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada penghujung tahun ini.

Kini rakyat menaruh hadapan agar Kabinet Ismail Sabri memberi sinar baharu kepada negara, meniupkan satu harapan dan memberikan satu peluang baharu kepada kesinambungan kehidupan yang sejahtera kepada rakyat.

Pembentukan Kabinet dijangka tidak akan melibatkan satu rombakan yang besar, kemungkinan satu rombakan yang kecil bagi mengisi kekosongan serta sedikit susun letak untuk beberapa portfolio yang berkaitan dengan kementerian yang berhadapan dengan rakyat secara langsung (people centric).

Perlantikan seorang Timbalan Perdana Menteri juga menjadi fokus utama kerana jawatan yang penting ini dilihat sebagai orang No. 2 dalam kerajaan yang baharu dibina.

Walau bagaimanapun, sekiranya lebih daripada tiga calon berebut untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, kemungkinan jalan paling selamat untuk Persana Menteri ialah mengekalkan konsep menteri kanan dalam Kabinet.

Advertisements

Ismail Sabri boleh melantik dua atau tiga orang menteri kanan berdasarkan kluster yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat

Ini antara pilihan yang Ismail Sabri ada, sekiranya perlantikan seorang Timbalan Perdana Menteri akan membebankan Kabinet beliau akibat perebutan yang sengit.

Pembentukan Kabinet baharu ini juga, dianggap waktu yang amat tepat untuk beberapa nama besar dalam persada politik negara untuk kembali ke dalam Kabinet bagi memperkukuhkan kerajaan serta membantu Perdana Menteri.

Antara nama-nama yang disebut ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Pengerusi Backbanchers Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Shahidan Kassim.

Apa pun keputusan yang bakal diambil, ia terletak di tangan Ismail Sabri untuk membentuk Kabinet baharu.

Rakyat menunggu dan mengharapkan sesuatu terbaik daripada Kabinet ini.

Semoga kerajaan dan Kabinet kali ini kekal sehingga penggalnya tamat iaitu pada Julai tahun 2023.

• Datuk Saiful Bahar Mohd Arshad adalah penganalisis isu semasa. Artikel ini adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Sistem eDKK dinaik taraf menjadi sistem bersepadu ANAK – Nancy

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam proses menaik taraf Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK)...

Lagi Artikel Berkaitan