27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

19,807 kes harian baharu COVID-19, 232 kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 19,807 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 1,555,093 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus merekodkan angka kes tertinggi dengan sebanyak 5,379 kes dilaporkan.

“Diikuti, Sabah sebanyak 2,638 kes dan Kedah sebanyak 1,948 kes.

“Seterusnya, Sarawak (1,772 kes), Pulau Pinang (1,501 kes), Johor (1,391 kes), Kelantan (1,196 kes), Kuala Lumpur (999 kes), Perak (703 kes), Pahang (598 kes), Melaka (558 kes), Terengganu (534 kes) dan Negeri Sembilan (508 kes).

“Lain-lain, Perlis dengan 54 kes, Putrajaya (24 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya terdahulu menerusi Facebook di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, angka kematian COVID -19 negara kini melepasi 14,000 dengan 14,168 kes dilaporkan hari ini iaitu pertambahan sebanyak 232 kes kematian baharu melibatkan 201 warga Malaysia dan 31 warga asing.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 144 lelaki dan 88 wanita manakala, 43 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) serta 189 kes dengan sejarah penyakit,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Mengulas lanjut, katanya, bagaimanapun pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus meningkat kepada 262,255 kes termasuk 1,026 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 496 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Advertisements

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 16,368 kes (82.6 peratus) tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 343 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala, sebanyak 19,464 kes (98.3 peratus) lagi daripada kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID -19.

“Ada di antara kes kekal di kategori sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 104 kes kategori lima dilaporkan dengan 98 kes atau 94.2 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi manakala, sebanyak 68 kes kategori empat dengan 61 kes atau 89.7 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 171 kes kategori tiga dengan 153 kes atau 89.5 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 9,624 kes kategori dua dengan 8,000 kes atau 83.1 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi dan 9,840 kes kategori satu dengan 8,056 kes atau 81.9 peratus tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Sementara itu, katanya, terdapat 24 kluster baharu dikenal pasti lagi terdiri daripada 12 kluster tempat kerja dengan 301 kes serta 11 kluster komuniti yang merekodkan sebanyak 334 kes.

Dalam pada itu, beliau berkata, nilai RT Malaysia pada semalam sebanyak 1.04 dengan negeri yang mencatatkan nilai RT tertinggi adalah Perlis dan Sarawak (masing-masing nilai RT1.31), diikuti oleh Sabah (nilai RT 1.22) dan Pulau Pinang (nilai RT 1.16).

“Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan Negeri Sembilan,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan