30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sindiket edar dadah didalangi warga tempatan tumpas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Sindiket pengedaran dadah didalangi warga tempatan yang aktif sejak tiga bulan lalu tumpas dengan penahanan empat lelaki di sekitar Lembah Klang dalam tempoh dua hari bermula kelmarin.

Memetik laporan Kosmo! Online, suspek yang berusia lingkungan 34 hingga 49 tahun itu ditahan bersama dadah jenis methamphetamine dan heroin seberat 4.73 yang dianggarkan bernilai RM107,660.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, kejayaan itu dilakukan hasil risikan polis melalui Ops Limestone selama tiga minggu ke atas sindiket berkenaan.

“Pasukan JSJN telah melakukan empat siri serbuan selama dua hari bermula kelmarin di Taman City (Sentul), Taman Mastiara (Jinjang), Jalan Klang Lama, (Brickfields) dan Taman Wangsa Permai.

“Kita dapati sebuah premis di Jalan Klang Lama telah dijadikan sebagai stor penyimpanan dadah dan disewa selama tiga bulan oleh salah seorang suspek dengan anggaran sewa RM900 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, keseluruhan dadah yang dirampas itu mampu menampung penggunaan seramai 9,466 individu (pengguna dadah).

“Menerusi penahanan kesemua suspek itu, kita berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan yang dikesan aktif sejak tiga bulan lalu di sekitar Lembah Klang,”katanya.

Katanya lagi, hasil semakan juga mendapati tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. 

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan