30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 20, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

PN terus komited sokong dasar dalam jayakan PPN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Parti Perikatan Nasional (PN) yang didukung 50 Ahli Parlimen bersama tiga anggota bebas akan terus bersama, bersatu padu dan komited untuk menyokong dasar serta perancangan kerajaan PN dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN), mengutamakan kebajikan rakyat dan menjamin kelangsungan negara.

Tekad itu disampaikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu di Pubika, Kuala Lumpur hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, mesyuarat turut membincangkan secara mendalam tentang senario politik semasa negara.

Beliau berkata, semua pemimpin PN mendengar serta mengambil maklum segala pandangan daripada parti-parti komponen bagi memperkukuhkan kerjasama politik dan membuat persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Parti PN yang didukung oleh 50 orang Ahli Dewan Rakyat bersama tiga Ahli Dewan Rakyat bebas akan terus bersama, bersatu padu dan komited untuk menyokong dasar dan perancangan kerajaan PN menjayakan pelan pemulihan negara, mengutamakan kebajikan rakyat dan menjamin kelangsungan negara,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, mesyuarat tersebut telah mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dihadiri oleh semua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

Ini termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau.

Baca juga:   Fasa 2 Pan Borneo terhenti kerana dibatalkan PH - PM

Turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mohktar dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta wakil-wakil dari parti komponen.

Baca juga:   Kerajaan beri rebat elektrik tambahan kurangkan beban rakyat

PPN yang diumumkan Muhyiddin bulan lalu adalah pelan pemulihan yang memberi tumpuan kepada strategi untuk keluar daripada ancaman COVID-19 secara selamat dan sistematik.

Beberapa strategi utama digariskan khususnya menerusi pencapaian Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bakal mewujudkan imuniti berkelompok Oktober ini.

Dari sudut ekonomi pula, banyak pakej ekonomi telah diperkenalkan Kerajaan PN bagi membantu rakyat dan komuniti perniagaan untuk berhadapan tempoh mencabar ini. – Edisi 9

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Utama kerja pembaikan kerosakan akibat banjir – Zafrul

KEMENTERIAN berkaitan sudah diarah untuk menyesuaikan peruntukan bagi 2022 dengan mengutamakan kerja pembaikan kerosakan akibat banjir. Menteri Kewangan, Tengku Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>