29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

13 PPV ‘walk-in’ bagi warganegara di Lembah Klang, mulai esok.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) menetapkan hanya 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuka untuk suntikan vaksin secara ‘jumpa terus’ (walk-in) kepada warganegara di Lembah Klang bermula esok.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan CITF, ketetapan itu dibuat memandangkan bilangan walk-in untuk warganegara Malaysia semakin berkurangan sejak dimulakan 2 Ogos lalu.

“Oleh itu, walk-in untuk semua warganegara Malaysia di Lembah Klang akan diteruskan tetapi di 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu,” katanya di sini.

Katanya, sembilan PPV dibuka esok termasuk Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) HCO F, HCO G dan HCO H; Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), Axiata Arena Bukit Jalil, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam dan Hotel Wyndham, Klang.

Manakala, dua lagi dibuka bermula 25 Ogos iaitu Le Pavilion Gamuda Garden, Gombak dan Bukit Beruntung Golf Resort selain dua PPV lain dibuka mulai 26 Ogos iaitu Galaxy Mall Ampang dan Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Dalam pada itu, CITF berkata, bagi bukan warganegara Malaysia di Lembah Klang pula, kaedah walk-in yang dikhususkan di Pusat Pemberian Vaksin Stadium Nasional Bukit Jalil (PPV SNBJ) sehingga 22 Ogos ini akan digantikan dengan vaksinasi melalui kaedah janji temu.

“Ini bermakna, PPV SNBJ tidak lagi menerima walk-in bukan warganegara bermula 23 Ogos ini.

“Langkah ini diambil agar proses pemvaksinan bukan warganegara, yang menyaksikan sambutan yang amat baik selama tempoh ia dilaksanakan baru-baru ini, dapat berjalan dalam keadaan yang lebih selamat dan selesa lagi,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, bagi bukan warganegara yang masih belum mendaftar untuk PICK, mereka perlu berbuat demikian samada melalui MySejahtera, talian PICK di 1800-888-828 atau laman web
www.vaksincovid.gov.my agar janji temu dapat diberikan.

Dalam masa sama, CITF turut menasihatkan setiap warganegara yang walk-in ke PPV dan bukan warganegara yang pergi ke PPV mengikut janji temu perlu membuktikan bahawa mereka
adalah pemastautin di Lembah Klang.

“Mereka perlu membawa surat atau dokumen yang berkenaan seperti kad kerja, bil utiliti atau sebarang dokumen lain yang berkaitan,”katanya.

Menurut CITF, walk-in untuk penduduk Malaysia di negeri lain selain daripada di Lembah Klang adalah diteruskan seperti biasa dan bergantung kepada negeri masing-masing. – EDISI 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan