31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Ebit Lew hadiahkan sebuah bas untuk HTAR Klang

Mesti Baca

CYBERJAYA – Di sebalik kontroversi yang melanda dirinya, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tidak berhenti menabur sumbangan orang masyarakat.

Semalam, beliau menghadiahkan sebuah bas kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi membawa pesakit COVID-19 ke mana-mana pusat kuarantin.

“Dengan rasa rendah diri dan syukur dapat kami hadiahkan bas untuk Hospital Klang (HTAR). Bas diperlukan untuk bawa pesakit covid untuk dipindahkan ke mana-mana pusat kuarantin,” kata beliau menerusi Facebook.

Ebit Lew berkata, ketika menghantar geran dan bas tersebut kepada pihak HTAR, terdapat banyak van jenazah yang menunggu, sekali gus menggambarkan keadaan COVID-19 di hospital berkenaan.

“Usaha kecil ini (hadiah bas) berbanding usaha ramai orang lain sama ada kerajaan, NGO atau persendirian lain yang lebih jauh kedepan membantu. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Kata-kata pada badan bas sumbangan Ustaz Ebit Lew mengundang perhatian netizen. – Sumber: FB Ebit Lew

Beliau turut berterima kasih kepada para doktor dan petugas barisan hadapan HSR yang tidak jemu dan mengeluh membantu merawat pesakit COVID-19.

Baca juga:   Jangan heret negara ke kancah politik tidak menentu - Agong

“Allah sahaja yang membalasnya. Mudah-mudahkan pemberian bas ini dapat meringankan sikit beban hospital Klang ini. Terima kasih sahabat semua,” kata beliau.

Ebit Lew sebelum ini terpalit kontroversi dengan penyanyi, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berkaitan program bantuan kemanusiaannya ke Gaza, Palestin. – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   300 terima sumbangan Yayasan EZ Prihatin

Terkini

Sokong pertukaran lebih besar Pandu Puteri Malaysia-Singapura

PRESDIEN Singapura Halimah Yacob memaklumkan akan menyokong saranan untuk mengadakan pertukaran yang lebih besar antara pergerakan Pandu Puteri negaranya...

Lagi Artikel Berkaitan