26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Lagi pemberian vaksin melebihi setengah juta dos sehari

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia terus merekodkan jumlah pemberian vaksin COVID-19 melebihi setengah juta dos sehari, dengan semalam sahaja sebanyak 519,111 dos diberikan di seluruh negara.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, suntikan pertama sehingga 11.59 malam tadi merekodkan 316,492 dos manakala suntikan kedua sebanyak 202,619 dos.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif suntikan dos vaksin COVID-19 di negara sebanyak 20,533,660 dos keseluruhan,” katanya menerusi ciapan di twitternya hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu sebanyak 13,816,971 (59 peratus) bagi dos pertama manakala 6,716,689 (28.7 peratus) bagi dos kedua mengikut populasi dewasa.

Sementara itu, enam negeri mencatatkan pemberian vaksin melebihi 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa iaitu Lembah Klang (92.7 peratus), Labuan (91.3 peratus), Sarawak (83.6 peratus), Negeri Sembilan (71.7 peratus), Perlis (61.3 peratus) dan Pulau Pinang (55.3 peratus).

Manakala negeri yang lengkap dos kedua melebihi 50 peratus populasi dewasa adalah Labuan dan Sarawak apabila masing-masing mencatatkan 80.3 peratus dan 63.7 peratus. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan