CYBERJAYA – Sebanyak 81.5 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, membabitkan seramai 19,090,140 individu setakat semalam.
Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), manakala, sebanyak 61.1 peratus populasi dewasa menerima dos kedua, membabitkan seramai 14,297,962 individu telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK).

Sementara, peratus populasi keseluruhan bagi dos pertama adalah sebanyak 58.5 peratus manakala sebanyak 43.8 peratus bagi dos kedua.
Setakat semalam, sebanyak 33,388,102 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada rakyat Malaysia.
Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klang, masing-masing terus merekodkan peratusan populasi dewasa melebihi 100 peratus bagi suntikan dos pertama dengan 101.6 peratus bagi Labuan dan 110.4 peratus bagi Lembah Klang.
Dalam pada itu, menerusi laporan harian pemberian dos vaksin COVID-19, sebanyak 343,900 pemberian dos vaksin telah diberikan kepada penerima.

Daripada jumlah itu, sebanyak 141,492 diberikan kepada penerima sekurang-kurangnya satu dos manakala sebanyak 202,408 diberikan penerima sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka.
Sementara itu,Johor mencatatkan laporan harian pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 27,776 bagi dos pertama, manakala sebanyak 30,690 bagi dos kedua.

Diikuti,Selangor dengan sebanyak 10,101 dos pertama manakala sebanyak 33,260 bagi dos kedua.
Manakala, Labuan merekodkan pemberian dos harian terendah dengan sebanyak 60 bagi dos pertama dan sebanyak 87 bagi dos kedua. – Edisi 9