26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Masa selamatkan rakyat, bukan politiking tak sudah – Abdul Hadi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Semua pihak perlu membantu menyelesaikan masalah negara yang kini tertumpu kepada usaha menyelamatkan rakyat, serta bukannya politiking tidak berkesudahan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS memberikan sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri yang baharu diumumkan semalam untuk menumpukan khidmat kepada rakyat.

Menurutnya, kepercayaan berkenaan juga diberikan untuk perdana menteri dan jemaah menteri yang dilantik menjalankan tugas masing-masing dengan budaya kerja berprestasi tinggi berorientasikan keberhasilan.

“PAS mengajak semua pihak untuk membantu menyelesaikan masalah negara secara bersama.

“Sekarang adalah masa untuk menyelamatkan rakyat dan memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pendemik, bukan masa untuk politiking yang tidak berkesudahan sehingga merencatkan perlaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Baca juga:   Influencer rentas negeri hadir majlis kahwin diburu polis

Abdul Hadi berkata, PAS menyambut baik dan mendukung kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu diumumkan bagi meneruskan usaha menangani pendemik Covid-19, memulihkan ekonomi dan memperkukuhkan perpaduan dalam negara.

Semalam Edisi9 melaporkan Ismail Sabri memberi tempoh 100 hari kepada Kabinet yang baharu beliau bentuk bagi membuktikan pencapaian awal serta memastikan mereka menjalankan kerja secara berprestasi tinggi.

Ismail Sabri berkata, Kabinet tersebut perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan negara daripada ancaman pendmeik Covid-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.

Baca juga:   PM dedah Agong tolak gaji sejak pandemik Covid-19 melanda

Menurutnya, barisan Kabinet yang diumumkan itu telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Peruan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan