24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

51.6 peratus jumlah populasi dewasa lengkap dos kedua – JKJAV

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 51.6 peratus jumlah populasi dewasa telah menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19, membabitkan jumlah penerima seramai 12,079,978, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Daripada laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), ia turut membabitkan 37.0 peratus bagi jumlah populasi keseluruhan.

Manakala, sebanyak 76.1 peratus populasi dewasa (54.5 peratus jumlah populasi) menerima suntikan dos pertama vaksin, membabitkan jumlah penerima seramai 17,806,570.

Setakat semalam, hampir 30 juta dos vaksin telah diberikan di Malaysia, membabitkan jumlah sebanyak 29,886,548 dos vaksin COVID-19.

Lembah Klang terus mencatatkan pertambahan pemberian vaksin tertinggi dan melebihi 100 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dengan 106.8 peratus (78.1 peratus jumlah populasi) berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam.

Ia membabitkan sejumlah 6,580,589 individu di Lembah Klang sudah menerima suntikan dos pertama. 

Advertisements

Manakala, sejumlah 4,695,782 individu telah menerima suntikan dos kedua, atau bersamaan 76.2 peratus populasi dewasa (55.8 peratus jumlah populasi).

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Twitter, semalam, sebanyak 517,692 dos jumlah pemberian dos vaksin harian diberikan kepada penerima. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 180,810 adalah dos pertama manakala 336,882 individu menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya. 

Selangor terus mencatatkan laporan harian pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 12,632 bagi dos pertama, manakala sebanyak 91,218 bagi dos kedua. 

Diikuti, Kuala Lumpur dengan sebanyak 14,230 dos pertama manakala sebanyak 55,776 bagi dos kedua. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan