32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Tiada lagi keperluan tubuh kerajaan perpaduan

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR

Apabila kerajaan hilang majoriti berbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkannya demi rakyat dan masa depan negara.

Dalam suasana genting menghadapi pandemik ini kita tidak mampu untuk melihat urusan kerajaan terganggu lantaran kehilangan majoriti. Rakyat bosan dengan politiking, rakyat mahu penyelesaian dan mahukan kehidupan kembali normal.

Lalu diusahakan berbagai cara termasuklah ada yang mencadangkan dibentuk kerajaan perpaduan, di mana semua parti membentuk kerajaan tanpa pembangkang.

Akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri ketika itu menawarkan CSA, perjanjian damai dengan pembangkang dengan pelbagai insentif termasuklah menaik taraf jawatan Ketua Pembangkang setaraf Menteri penuh.

Tawaran ini luar biasa. Tawaran ini jika diterima bakal merubah landskap politik negara yang mana kerajaan minoriti kekal memerintah dengan dukungan dan sokongan pihak pembangkang.

Malangnya segala tawaran murni itu ditolak mentah-mentah oleh pembangkang khasnya Pakatan Harapan (PH) termasuklah Warisan dan Pejuang. Mereka tidak mahu menyelamatkan kerajaan. Mereka mahu menjatuhkan kerajaan. Itu pilihan mereka.

Akibatnya Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan dan menyerahkan segala urusan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

Baca juga:   Kes COVID-19 melonjak naik, HTAR tidak putus asa

Baginda pun telah melaksanakan pelan Seri Paduka iaitu semua 220 Ahli Parlimen yang ada dititah memilih dengan rela hati calon Perdana Menteri masing-masing.

Sudah pasti Tuanku mahu lihat siapa yang memiliki majoriti lantas layak diangkat sebagai Perdana Menteri menurut lunas Perlembagaan.

Baca juga:   Menteri, Timbalan Menteri tak ambil gaji 3 bulan

Hari ini walaupun Istana Negara masih belum mengumumkan kita difahamkan 114 Ahli Parlimen mewakili Pas, BN, Bersatu, GPS dan lain-lain telah mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Ke-9.

114 sudah melebihi angka majoriti mudah 111. Insya-Allah dengan perkenan Tuanku, Malaysia bakal melihat Perdana Menteri baharu yang mempunyai majoriti dan selayaknya diberi kepercayaan memerintah negara.

Bagaimana dengan idea kerajaan perpaduan dan tawaran CSA? Segalanya sudah akademik dan tidak relevan lagi memandangkan calon Perdana Menteri telah mempunyai majoriti.

Semoga negara dan rakyat terus selamat, aman dan sejahtera di bawah Perdana Menteri dan kerajaan baharunya.

  • Penulis adalah Setiausaha Pas Selangor. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Baca juga:   Menteri, Timbalan Menteri tak ambil gaji 3 bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

RM120 juta peruntukan bagi menukar lif lama di 67 unit PPR

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM120 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar lif lama kepada yang baru...

Lagi Artikel Berkaitan