34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

200,000 dos vaksin CanSino tiba di Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 200,000 dos vaksin jenis CanSino selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.50 pagi tadi.

Vaksin berbentuk produk siap (finished product) daripada pembekal CanSino Biologics, China itu dibawa menaiki pesawat MAS Kargo MH361 dengan penerbangan dari Beijing, China.

Turut bersama menyaksikan ketibaan tersebut adalah Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan. Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan MOSTI, vaksin CanSino yang diterima hari ini adalah sebahagian daripada 3.5 juta dos vaksin CanSino yang telah ditempah oleh Malaysia dengan penghantaran dibuat secara berperingkat.

Vaksin CanSino berbentuk “finished product” daripada pembekal CanSino Biologics, China itu dibawa menaiki pesawat MAS Kargo MH361 dengan penerbangan dari Beijing, China.

“Solution Biologics adalah Pemegang Pendaftaran Produk bagi CanSino di Malaysia.

“Vaksin CanSino mendapat kelulusan penggunaan bersyarat untuk kegunaan kecemasan di Malaysia oleh Pihak Berkuasa Bekalan Dadah (PKBD) pada 15 Jun yang lalu,” katanya.

Jelas MOSTI, bekalan ini akan dapat memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terutamanya di kawasan yang rendah akses dan seterusnya membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut garis masa yang ditetapkan.

“Ketika ini, tiga jenis vaksin diberikan untuk penduduk Malaysia di bawah PICK, iaitu Cominarty (Pfizer BioNTech), CoronaVac (Sinovac) dan AstraZeneca. Manakala satu lagi vaksin iaitu Johnson & Johnson turut telah mendapat kelulusan bersyarat,”katanya.- Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan