24.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

4 lelaki bersenjata kapak dan tukul samun kedai emas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Sebuah kedai emas di Taman Usahawan, Kepong di sini disamun oleh empat individu lelaki dalam kejadian yang berlaku semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, keempat-empat suspek dipercayai bersenjatakan kapak dan tukul semasa melakukan rompakan.

Beliau berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 5.30 petang di Jalan Metro Perdana 8, Taman Usahawan Kepong.

“Semasa kejadian, suspek dikatakan meluru memasuki premis dan telah melarikan sejumlah barang kemas.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik premis itu menunjukkan tiga suspek berpakaian hitam dan bertopi keledar selain menutup muka dengan pelitup muka,”katanya lapor MalaysiaGazette

Mengulas lanjut, katanya, ketika kejadian, salah seoang daripada suspek telah menolak kuat salah seorang kakitangan wanita yang membuka pintu sehingga jatuh ke lantai sebelum memecahkan cermin galeri barang kemas menggunakan kapak dan tukul.

Baca juga:   Kalaulah pasukan elit STAGG, STAFOC, STING masih ada…

“Suspek kemudiannya terus melarikan diri dengan sejumlah barang kemas yang diambil dengan dua motosikal bersama rakan sejenayah yang menunggu di luar.

“Dalam kejadian itu, tiada sesiapa yang tercedera dan pemilik kedai iaitu seorang wanita segera tampil membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenalpasti suspek dan juga jumlah kerugian yang dialami pemilik kedai emas itu. – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   Dana 1MDB: JSJK Bukit Aman siasat suami Zeti

Terkini

Lelaki warga asing tak siuman tak ‘makan’ pujuk langgar lori

SEORANG lelaki warga asing yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada pasukan polis akhirnya melarikan diri sehingga melanggar sebuah lori...

Lagi Artikel Berkaitan