36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

25,863,563 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 terus meningkat, dan kini mencecah 25,863,563 dos telah diberikan kepada penerima setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), daripada jumlah itu, seramai 16,347,422 orang telah menerima suntikan dos pertama atau bersamaan 50.1 peratus jumlah populasi di Malaysia.

Manakala 9,516,141 orang telah menerima suntikan dos kedua atau 29.1 peratus jumlah populasi sekaligus telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Sehingga kini, Lembah Klang terus merekodkan jumlah kumulatif pemberian vaksin COVID-19 tertinggi dengan  6,328,798 dos pertama atau bersamaan 75.1 peratus jumlah populasi (102.7 peratus jumlah populasi dewasa).

Sementara, sejumlah 3,570,471 bagi dos kedua.atau bersamaan 42.4 peratus jumlah populasi (57.9 peratus jumlah populasi dewasa).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter bekata, semalam sahaja, sebanyak 497,352 dos pemberian harian vaksin COVID diberikan kepada penerima.

“Daripada jumlah itu, sejumlah 227,506 bagi dos pertama, manakala sejumlah 269,846 bagi dos kedua,” katanya menerusi twitter hari ini.

Dalam pada itu, Selangor terus mencatatkan pemberian dos vaksin harian tertinggi dengan sebanyak 23,903 bagi dos pertama dan sebanyak 84,912 bagi dos kedua.

Diikuti, Kuala Lumpur dengan sebanyak 11,969 bagi dos pertama manakala sebanyak 44,613 bagi dos kedua dan Johor sebanyak 29,166 dos pertama manakala sebanyak 32,405 bagi dos kedua.- Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan