26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Vaksin: 10,522 syarikat daftar dalam program PIKAS

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sebanyak  10,522 syarikat yang melibatkan 903,244 orang pekerja di seluruh negara telah mendaftar di dalam Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) sehingga semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Lim Ban Hong berkata, daripada jumlah ini 101,117 telah menerima dos pertama vaksinasi

“Setakat semalam juga, sebanyak 19 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) PIKAS telah memulakan operasi di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. 

“MITI dengan kerjasama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang melipatgandakan usaha untuk menambah bilangan PPV PIKAS sedia ada bagi meningkatkan pemberian vaksin di kalangan tenaga kerja dalam sektor pembuatan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pendaftaran bagi sektor pembuatan yang diperkenalkan Kementerian MITI akan dipercepatkan dengan pelaksanaan pendaftaran secara atas talian di http://pikas.miti.gov.my. 

Kata beliau,  PIKAS telah mendapat sambutan yang amat tinggi dan telah membantu menyokong mempercepatkan kadar vaksinasi rakyat Malaysia. 

Baca juga:   MITI raih FDI RM13 bilion menerusi misi ke Singapura

“PIKAS memainkan peranan yang amat penting dalam memberi keyakinan kepada pekerja di dalam sektor pembuatan untuk berasa selamat ke tempat kerja. Program ini juga adalah langkah pragmatik untuk meningkatkan semula produktiviti syarikat dalam kita menyesuaikan hidup bersama pandemik ini,” kata beliau.

Ban Hong berkata  syarikat-syarikat yang menghantar maklumat mereka melalui emel sebelum ini disarankan untuk memasukkan maklumat syarikat mereka dalam sistem atas talian PIKAS supaya maklumat tersebut lengkap bagi tujuan penyelarasan dan pemprosesan.

Baca juga:   PIKAS menuju setengah juta, 407,960 individu terima dos pertama

PIKAS yang dilancarkan pada 16 Jun jun lalu merupakan sebuah kolaborasi strategik seumpamanya di antara pihak awam dan swasta yang berfokus untuk mempercepatkan vaksinasi di kalangan pekerja di dalam sektor pembuatan.

Program ini mampu mewujudkan persekitaran pekerjaan yang selamat dan kondusif untuk pekerja di dalam sektor pembuatan.

Melalui PIKAS, Kerajaan akan menyediakan vaksin secara percuma manakala pihak swasta akan membiayai dan menguruskan PPV, sekaligus mengurangkan kos pentadbiran pemberian vaksin yang perlu ditanggung kerajaan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan