28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

The Bazaar of Stories kongsi kisah kejayaan usahawan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pelajar tahun akhir kursus Perhubungan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di bawah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media akan menganjurkan program Biz4Youth: The Bazaar of Stories.

Penasihat program, Abuzar Abdul Halim berkata, program itu merupakan sebuah forum tentang pengusaha perniagaan yang berjaya mengekalkan perniagaan mereka semasa pandemik COVID-19.

Menurut beliau, program itu akan disiarkan secara langsung pada 4 Julai 2021 di YouTube pada pukul 8 malam bersama panel jemputan yang terdiri daripada usahawan pelbagai bidang.

“Tema bagi program ini adalah kesan COVID-19 terhadap bidang perniagaan dan apakah yang dapat dipelajari oleh golongan belia.

“Program ini bakal diadakan secara langsung dalam bentuk sesi forum dimana panel jemputan akan berkongsi pengalaman mereka dalam menguruskan perniagaan dalam era pandemik,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Abuzar menambah, terdapat empat panel jemputan yang terdiri daripada usahawan daripada pelbagai bidang yang berbeza iaitu bidang pertanian, bidang makanan dan minuman.

Advertisements

Beliau memberitahu, slogan The Bazaar of Stories dipilih untuk menunjukkan sebuah perdagangan komoditi.

“Tetapi, barangan komoditi yang dimaksudkan bukanlah secara nyata tetapi lebih berkisarkan kisah yang bakal dikongsi oleh para panel,” jelasnya.

Abuzar berkata, para panel akan menceritakan pengalaman mereka dalam menguruskan perniagaan masing-masing di dalam pasaran yang lebih dahsyat akibat penularan wabak COVID-19.

“Dunia sekarang sudah mengalami satu perubahan yang cukup drastik dan saya rasa program seperti ini perlu diadakan.

“Program ini bukan sekadar untuk berkongsi kisah yang boleh dijadikan peringatan buat penonton, tetapi diharap juga mampu memberi inspirasi buat belia yang menanam cita-cita untuk menceburi bidang keusahawanan pada masa akan datang,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan