31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

MR D.I.Y beri lebih ganjaran kepada golongan belia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y), peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, mengumumkan sokongannya kepada inisiatif eBelia oleh kerajaan.

Peruncit akan bekerjasama dengan ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet bagi memberi ganjaran kepada golongan belia yang layak, dengan menebus kredit eBelia mereka melalui kedua-dua penyedia e-wallet ini, dengan baucar pulangan tunai dari MR D.I.Y.

Program ganjaran ini akan berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021.

Baucar pulangan tunai tersebut akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun mereka yang menebus kredit e-Belia melalui ShopeePay dan Touch ‘n Go.

Pengguna ShopeePay akan menerima baucar pulangan tunai bernilai RM5 yang boleh ditebus semula di cawangan-cawangan MR. D.I.Y dan MR. DOLLAR dengan pembelian minimum sebanyak RM10, manakala pengguna e-wallet Touch ‘n Go akan menerima baucar pulangan tunai bernilai RM2 yang boleh ditebus di cawangan-cawangan MR D.I.Y dengan perbelanjaan minimum RM40.

Semua baucar yang diberikan akan mengikut konsep siapa-cepat-dia-dapat, dan penebusan adalah terhad kepada satu baucar bagi setiap penerima eBelia.

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y Grup, Andy Chin berkata, sebagai jenama kelahiran negara, pihaknya sentiasa mencari jalan untuk menyokong rakyat, dan membantu mereka mendapat lebih nilai untuk wang.

“Kerjasama dengan ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet ini membolehkan belia Malaysia mendapat lebih nilai dari program eBelia yang dianjurkan oleh kerajaan, di samping menggalakkan generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup tanpa tunai.

“Kami mempunyai pelbagai rangkaian produk yang sesuai digunakan oleh pelajar dan golongan belia untuk pembelajaran, termasuklah alat tulis, aksesori komputer dan aksesori telefon pintar.

“Ini membantu belia untuk terus memenuhi keperluan gaya hidup dan pembelajaran mereka tanpa perlu berbelanja keterlaluan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Jelas beliau, ini adalah salah satu cara untuk memenuhi janji ‘Always Low Prices’ , dan kami berterima kasih kepada ShopeePay dan Touch ‘n Go atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakannya.

Penerima eBelia boleh menggunakan baucar tersebut untuk membeli pelbagai pilihan produk termasuk makanan dan minuman, produk penjagaan diri dan kesihatan, aksesori komputer, produk keperluan dan perlengkapan rumah serta banyak lagi.

Program eBelia ialah sebuah inisiatif oleh kerajaan di bawah Bajet 2021 yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Program tersebut bertujuan untuk menggalakkan penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Pelajar pengajian tinggi yang berumur antara 18 hingga 20 tahun boleh menebus kredit eWallet bernilai RM150 dari salah satu daripada empat platform eWallet yang mengambil bahagian: ShopeePay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, dan BigPay.

Penebusan kredit eBelia boleh dibuat dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 manakala kredit tersebut boleh digunakan sehingga 31 Julai 2021.


Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y, layari laman sesawang MR D.I.Y www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com.my, dan ikuti media sosial MR D.I.Y. di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan