25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023

NovelPlus tersenarai di Pasaran LEAP, tambah koleksi e-buku

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – NovelPlus Technology Berhad (NTB), berjaya disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Securities Malaysia Berhad hari ini pada harga RM0.25 sesaham, lebih tinggi berbanding harga tawaran RM0.15 sesaham.

Ketua Pegawai Eksekutif NTB, Crystal Lai berkata, dengan penyenaraian tersebut, pihaknya kini dapat memberi peluang memperluaskan lagi perniagaan baharu dan memburu pertumbuhan masa hadapan.

“NovelPlus berterusan melakukan inovasi dan berubah demi keperluan para pengguna kami. Ini adalah permulaan evolusi bagi NovelPlus dan kami akan terus melakukan penambahbaikan yang memenuhi keperluan pengguna kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Crystal berkata, Kumpulan NTB kini merancang memasukkan kandungan perpustakaannya yang semakin membesar dengan e-buku yang diterbitkan di dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia kini, dengan novel bahasa-bahasa lain di Asia Tenggara.

Katanya, e-buku telah menyaksikan pertumbuhan sihat daripada RM1.3 bilion pada 2016 kepada RM1.6 bilion pada 2019, iaitu kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 7.5 peratus.

Baca juga:   FDAM gesa semua ahli, penggiat seni keluar mengundi

“Melangkah ke hadapan, saiz pasaran e-buku mungkin mencatat CAGR sebanyak 6.4 peratus antara tahun 2020 dan 2022, untuk mencapai RM1.9 bilion,” katanya.

Kumpulan memiliki pelbagai bacaan e-buku yang merangkumi lebih 37,000 novel dalam bahasa Melayu dan Indonesia yang telah diterbitkan dengan ekosistem lebih 2.1 juta pengguna.

Sebanyak 10,000 adalah berdaftar sebagai penulis dan bakinya para pembaca.

Baca juga:   Tajuddin Abdul Rahman ditahan SPRM semalam?

Platform ini beroperasi di bawah jenama NovelPlus, dengan kandungan diakses menerusi aplikasi mudah alih dan pelayar web kumpulan NTB.

Beliau berkata, NovelPlus beroperasi menggunakan model ‘freemium’ di mana pembaca boleh mengakses platform ini secara percuma atau membayar yuran langganan bagi menikmati pengalaman membaca tanpa iklan.

“Platform NovelPlus membolehkan pembaca melayari dan memilih e-buku, mengatursusun pengalaman mere-ka dan menguruskan profil mereka serta berinteraksi dengan penulis yang berdaftar di platform,” katanya.

Crystal berkata, bagi penulis pula, platform NovelPlus membolehkan mereka menulis, menyunting dan menyiarkan sendiri novel bersiri mereka, menubuhkan komuniti pembaca mereka dan menerima ulasan serta penghargaan daripada pembaca.

“Pengiklan juga boleh mengiklan di aplikasi mudah alih dan pelayar web NoveplPlus. Iklan akan disasarkan kepada pengguna yang tidak berlanggan,” katanya.

TA Securities Holdings Berhad merupakan penasihat, agen penempatan dan penempatan berterusan sah bagi pelaksanaan penyenaraian ini. – Edisi 9

Baca juga:   Nomofobia mempengaruhi remaja dan dewasa masa kini

Wartawan

Terkini

Bayi tak sedarkan diri di pusat asuhan disahkan meninggal dunia

SEORANG bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika berada di pusat asuhan di Seksyen...

Lagi Artikel Berkaitan