28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Sidang kecoh, pembangkang buat perangai budak-budak

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUALA LUMPUR – Sidang khas Dewan Rakyat petang tadi kecoh ekoran sikap kebudak-budakan wakil-wakil pembangkang yang enggan menerima Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menggulung perbahasan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Mereka tetap berkeras mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat penggulungan walaupun Tengku Zafrul melakukan tugas itu atas kapasiti sebagai Menteri Penyelaras PPN.

Sikap wakil-wakil pembangkang yang berdegil tidak mahu mendengar penjelasan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun itu telah menyebabkan sesi penggulungan terganggu selama kira-kira 15 minit.

Antara wakil pembangkang yang kelihatan bangkit membantah penggulungan oleh Tengku Zafrul ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson), Gobind Singh Deo (PH-Puchong), RSN Rayer (PH-Jelutong), P Kasthuri Raani (PH-Batu Kawan), Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) dan Datuk Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob cuba menenangkan keadaan yang panas dengan menjelaskan bahawa tajuk yang dibentangkan adalah mengenai PPN.

“Tetapi bercakap soal Darurat, soal Perlembagaan, keluar daripada yang dibincangkan.

Baca juga:   Pemandu treler ragut nyawa empat beranak miliki 13 saman trafik

“Menteri Kewangan adalah Penyelaras PPN, jadi sebab itulah Menteri Kewangan jawab,” jelasnya.

Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan tentang peranan Tengku Zafrul Tengku Abduil Aziz selaku Menteri Penyelaras PPN dalam sidang khas Dewan Rakyat, hari ini.

Kemudian, Guan Eng pula bangkit mencelah dan meminta Ismail Sabri yang membuat penggulungan.

Walau bagaimanapun, Guan Eng ditempelak oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang bertanya siapa sebenarnya yang mempengerusikan sidang.

Baca juga:   Kedudukan Sabah, Sarawak terus dipertingkat jika BN berkuasa

Azhar seterusnya meminta Tengku Zafrul meneruskan sesi penggulungan yang sebelum itu terganggu akibat kerenah wakil-wakil pembangkang. – EDISI 9

Terkini

Gred guru besar, penolong kanan ditingkatkan sehingga DG54

GRED guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54 yang akan memberi...

Lagi Artikel Berkaitan