30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Semua kerja pembinaan di kawasan PKPD dihentikan

Mesti Baca

CYBERJAYA – KementerianKerja Raya (KKR) mengarahkan semua kerja pembinaan dan yang berkaitan dengannya di kawasan  yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur dihentikan.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, dengan pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula hari ini di mukim-mukim dan beberapa lokaliti di kedua-dua negeri tersebut bermakna surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diterima tidak boleh digunakan untuk meneruskan kerja pembinaan sepanjang perintah tersebut dikuatkuasakan.

‘’Namun pengecualian diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian yang bersifat kritikal dibenarkan berdasarkan janji temu,’’ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, KKR menggesa semua penggiat industri pembinaan untuk mematuhi arahan semasa dan SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan penurunan kes Covid-19 di kawasan terlibat.

Pada Khamis lalu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPD di lapan daerah dalam Selangor yang membabitkan 34 buah mukim dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur.

Advertisements

Kedua-dua negeri menunjukkan trend jangkitan tinggi, Selangor melaporkan purata kes harian Covid-19 antara 1,800 ke 1,900 manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan PKPD semua laluan kawasan berkenaan akan ditutup dan dikawal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebelum ini pelbagai pihak menggesa supaya  Selangor dikenakan ‘total lockdown’ memandangkan negeri itu mencatatkan kes baharu tinggu terutamanya melibatkan kluster tempat kerja khususnya perkilangan.

Dengan pelaksanaan PKPD itu, seperti mana diumumkan oleh Ismail Sabri, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan dan pelitup muka dibenarkan beroperasi.

Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan