24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

2.5 juta lengkap terima 2 dos suntikan vaksin Covid-19 – Adham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai 2,463,019 individu bersamaan 7.5 peratus, telah melengkapkan penerimaan dua dos suntikan vaksin Covid-19 di negara ini, di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, seramai 6,119,874 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 8,582, 893 dos.

“Sementara itu, lima negeri mencatatkan penerima dos pertama tertinggi iaitu Sarawak dengan 1,151, 744 orang diikuti Kuala Lumpur (1,094,023); Selangor (1,031,969); Johor (464,586) dan Sabah ( 385,114). 

“Selebihnya, Pulau Pinang dengan 314,791 diikuti Kedah (239,335) ; Pahang (219,502); Kelantan (217,015) dan Negeri Sembilan (197,285).

Advertisements

“Lain – lain Terengganu dengan 161,292 ; Melaka (151,820) ; Perlis (68,502) ;Putrajaya (41,788) dan Labuan (35,534),”katanya menerusi perkongsian di twitter di sini. 

Mengenai vaksinasi harian PICK, beliau berkata, sebanyak 236,196 dos telah diberikan semalam. 

” Daripada jumlah itu, sebanyak 167,059 bagi penerima dos pertama dan sebanyak 69,137 dos bagi penerima dos kedua,” katanya. 

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan