28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Selangor, Kuala Lumpur masih dalam Fasa 1 PPN

Mesti Baca

CYBERJAYA – Selangor dan Kuala Lumpur masih dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dilanjutkan di 34 mukim dan 14 lokaliti di negeri dan Wilayah Persekutuan berkenaan, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nilai ambang tiga indikator utama di Selangor dan Kuala Lumpur perlu dicapai sebelum beralih ke Fasa 2 PPN.

“Nilai ambang vaksinasi 10 peratus populasi dewasa sudah dicapai tetapi kes masih tinggi manakala tahap penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) masih kritikal.

“PKPD akan dikenakan ke atas lokaliti-lokaliti yang merekodkan trend peningkatan kes COVID-19 yang mendadak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

bekerja premis SOP
ISMAIL SABRI YAAKOB

Selangor mencatatkan sebanyak 4,985 kes baharu COVID-19 hari ini manakala Kuala Lumpur pula merekodkan 1,740 kes baharu.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan mengumumkan pelaksanaan PKPD selama dua minggu di beberapa lokaliti di Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak bermula 19 Julai hingga 1 Ogos.

Ismail Sabri memberitahu, PKPD di Negeri Sembilan membabitkan empat lokaliti iaitu Taman Chembong Utama, Taman Chembong Jaya dan Taman Setia Raja di Mukim Chembong serta Taman KSNS di Mukim Pedas dalam daerah Rembau.

Advertisements

Tambah beliau, PKPD di Pahang pula melibatkan dua lokaliti Pos Iskandar, Bera dan Kuala Medang, Lipis.

Ismail Sabri berkata, lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD adalah Apartmen Seri Maju, Kota Kinabalu; Kampung Tinusa 2, Sandakan dan dua lokaliti di Tawau iaitu QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters Pekerja Onika Kuari.

Menurut beliau, PKPD turut dilaksanakan di dua lokaliti di Sarawak iaitu di Kampung Garung, Kuching dan Kampung Pasir Hilir daerah Lundu.

Berhubung tindakan penguatkuasaan, Ismail Sabri berkata, sebanyak 64 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Semalam, 433 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 408 individu dikompaun manakala 25 lagi direman,” jelasnya.

Menurut beliau, pasukan keselamatan juga telah menahan 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan empat kenderaan darat dalam Op Benteng semalam. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan