32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pulihkan negara sekarang, bukan pemulihan ikut fasa

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia perlu bersedia menerima paradigma baru bahasa pandemik Covid-19 akan menjadi endemik (selesema biasa).

Sehubungan itu, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Foreign Affairs dalam terbitan terbarunya mengisytiharkan bahawa SAR-Cov-2 adalah virus forever.

”Ia akan menjadi sebahagian daripada peneman kehidupan manusia, abadi dan tidak akan hilang selamanya. Strategi pemulihan kita harus dirumus dengan pemikiran sebegini,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau.

Mohamad berkata, dalam masa terdekat, kerajaan mesti meningkatkan pengumuman dan memviralkan jumlah vaksinasi, n ‘booster doses’ harian dan peratusan rakyat yang sudah menerima vaksin.

”Ia adalah strategi meningkatkan keyakinan! Kedua, ikhtiar memulihkan negara mesti berlaku sekarang. Bukan menunggu pelbagai fasa yang diumumkan. Bersedialah untuk membuka ekonomi kita kepada 17% mereka yang telah divaksinasikan penuh. 

MOHAMAD HASAN

Benarkan mereka bekerja, belajar, merentas daerah, ke masjid dan berniaga dengan syarat protokol kesihatan yang ketat dan jelas. Kita tidak boleh terus menunggu sehingga semua untuk divaksinasi,” katanya.

Beliau berkata, bermulalah sekarang dan secara perlahan kerana itulah manifestasi bahawa kita percaya kepada solusi sains melalui vaksinasi serta peningkatan aktiviti ekonomi dan sosial akan berlaku dengan kecepatan vaksinasi.

“Ketiga, pandemik ini menyedarkan kita bahawa tenaga kerja kita memerlukan kemahiran berlainan bila sektor ekonomi dibuka secara total. Sebahagian tenaga kerja mesti dilengkapkan dengan rare and super skills,” katanya.

Mohamad menegaskan, sistem, kemahiran, sikap dan budaya kerja kita tidak lagi boleh changeless.

“Ekonomi Malaysia menjadi parah dan meleset dengan deras kerana kebanyakan tenaga kerja kita adalah dalam non-essential services

”Mereka tidak berada dalam sektor kewangan, maha data, teknologi maklumat serta teknologi termaju. Kerana itu ‘work from home’ itu tidak boleh dijayakan dengan berkesan.

“Tidak seperti Singapura di mana kebanyakan tenaga kerjanya adalah dalam essential services dan mereka boleh bekerja dengan efektif walau di mana jua,” katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan segera sediakan rakyat dengan skills to succeed dan menegaskan program upskilling serta reskilling boleh dilakukan sekarang.

“Usah tunggu hingga semua sektor dibuka baru ingin dilatih semula tenaga kerja. Latih mereka semasa mereka berada di rumah waktu ini dan dengan kemahiran kalis masa depan,” katanya.

Akhirnya, tegas beliau, pembukaan pelbagai sektor ekonomi dan sosial memerlukan kita menggunakan pelbagai teknologi termaju secara besar-besaran dan segera.

“Berikan pelbagai insentif untuk digitilisation dan apa jua peralihan kepada mechanisation, kepintaran buatan (AI) dan teknologi robotik.

“Inilah peluang keemasan untuk Malaysia merekayasa ekonominya, didorong dengan teknologi dan innovasi dan meninggalkan orientasi abad lepas dalam sistem ekonominya yang lapuk,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan