26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

HTAR terima sumbangan kontena sejuk beku

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Integrasi Nasional mengambil inisiatif dengan menyumbang sebuah kontena sejuk beku yang boleh memuatkan 100 mayat pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Ketuanya, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad berkata, pihaknya mengambil inisiatif tersebut setelah melihat pusat simpanan mayat pesakit COVID-19 di hospital berkenaan yang semakin kekurangan.

“Sehubungan dengan itu, tanpa berfikir panjang, saya terus mendapatkan kontena sejuk beku yang boleh memuatkan hampir 100 mayat dalam satu-satu masa dan menghantarnya ke bahagian kecemasan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak mengatasi masalah penyimpanan mayat yang terhad.

“Saya tidak mahu ruang terhad (penyimpanan mayat) menyebabkan mayat berbau kerana tidak ditempatkan di ruang beku.

“Kami berterima kasih kepada Pengarah HTAR dan pegawai yang menerima sumbangan kami ini,” katanya.

Di samping itu, katanya, pihaknya juga berharap agar kerajaan dapat segera menangani kes COVID-19 terutamanya di Selangor  dengan sebaik-baiknya dan meminta agar dihentikan serta-merta pengoperasian kilang-kilang buat sementara waktu.

“Nyawa manusia lebih berharga berbanding masalah lainnya. Tolonglah tangani isu ini dengan berkesan.

“Kami amat bersimpati dengan kepenatan dan tekanan yang dialami para barisan hadapan,” katanya. – EDISI 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan