30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Pembukaan Olimpik: Seragam kontinjen negara jadi bualan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pakaian seragam yang dipakai oleh kontinjen negara semasa pembukaan temasya Sukan Olimpik Tokyo yang berlangsung malam tadi, menjadi bualan dalam kalangan netizen.

Rata-rata memuji seragam yang dikenakan kontinjen kebangsaan yang kelihatan gagah bak pahlawan bagi lelaki dan anggun bergaya bagi atlet wanita.

Dengan elemen-elemen kemelayuan serta berasaskan warna Jalur Gemilang, mereka tertanya-tanya siapakah yang mereka persalinan tersebut.

Berdasarkan infografik Kontinjen Malaysia, persalinan atlet negara itu direka oleh pensyarah dan pelajar dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Menurut info tersebut, ia diinspirasikan dari persalinan pemakaian Laksamana Hang Tuah dalam segi penggayaan dengan suntikan elemen lebih segar dari corak geometrik dan warna Jalur Gemilang sebagai warna asas.

Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi anggun dalam pakaian rasmi kontinjen negara di temasya Olimpik Tokyo 2020 malam tadi. – Sumber: Media sosial

“Tata cara pemakaian lengkap bertanjak, baju sikap dan samping berbaju melayu melambangkan kejituan rasa cinta kita kepada negara Malaysia dan baju kebangsaan,” kata info tersebut.

Baca juga:   ‘Tentera bawang’ Malaysia dirayu tidak serang media sosial Carlin

Manakala persalinan wanita lengkap berdokoh dan berselendang pula melambangkan identiti Malaysia yang kaya dengan budaya sendiri.

Sementara corak geometrik berasaskan segi tiga atau chevron memberi kesan rangsangan ke arah tuju yang jelas dalam mencapai matlamat pingat yang terbaik untuk negara.

Biarpun pandemik COVID-19 masih mengancam dunia, namun Jepun berjaya menangani wabak tersebut untuk membolehkan Sukan Olimpik Tokyo yang sepatutnya diadakan tahun lalu, mula berlangsung secara rasmi malam tadi.

Baca juga:   Aaron Chia-Wooi Yit raih pingat pertama negara

Memetik laporan Bernama, ia berlangsung dalam stadium yang hampir kosong, apabila kurang daripada 1,000 orang kenamaan menghadiri majlis di Stadium Olimpik di sini yang mampu memuatkan 68,000 penonton.

Kontinjen Malaysia seramai 13 peserta diketuai pemain badminton Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying sebagai pembawa Jalur Gemilang, merupakan negara ke-177 berarak masuk ke stadium.

Perbarisan Malaysia turut disertai penerjun negara Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yen Yee; perenang Phee Jinq En dan Welson Sim; gimnastik Farah Ann Abdul Hadi serta Ketua Sekretariat Malaysia Datuk Nazifuddin Mohd Najib.

Tokyo sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1964.

Baca juga:   Pendakwah Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia

Terkini

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

CYBERJAYA - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan