25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Azizulhasni, Aaron Chia, Wooi Yit terima habuan daripada Qobin

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kejayaan penuh beremosi pelumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang merangkul pingat perak acara keirin Olimpik Tokyo 2020 dan pingat gangsa oleh Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam acara badminton beregu lelaki, bakal disusuli dengan pelbagai insentif daripada pelbagai pihak.

Antara yang terawal menawarkan hadiah penghargaan kepada pemenang pingat untuk negara itu ialah Penjelajah Grand Slam, Datuk Muhammad Muqarabbin Mokhtarudin atau Qobin atas kapasiti peribadinya.

Beliau menghadiahkan RM15,000 kepada Azizulhasni dan RM10,000 buat pasangan Aaron Chia-Wooi Yik.

“Sebagai atlet, saya merasa cukup berbangga dengan pencapaian yang dilakar oleh sahabat saya Datuk Jijoe dan juga pasangan beregu badminton Aaron Chia dan Wooi Yik atas kejayaan mereka membawa pulang pingat untuk negara”

“Pencapaian mereka sungguh bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia dan sebagai tanda terima kasih, saya menghadiahkan sumbangan kecil saya ini untuk mereka atas kapasiti peribadi saya” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raja Nong Chik Qobin makanan
MUHAMMAD MUQHARABBIN MOKHTARUDDIN – Gambar: Facebook

Semalam Qobin membuat kenyataan awal menawarkan sumbangan RM25,000 dan pakej Tunai Haji kepada pemenang pingat emas, RM15,000 pemenang perak dan RM10,000 bagi pingat gangsa Sukan Olimpik 2020.

Ia sebagai pembakar semangat kepada kedua-dua pelumba basikal trek negara, Azizulhasni dan Mohd Shah Firdaus Sahrom selepas mereka melayakkan diri ke peringkat suku akhir acara keirin semalam.

Menurut Qobin, pengorbanan Azizulhasni tidak ada nilainya selepas melalui pelbagai dugaan dalam kariernya termasuk meninggalkan keluarga dan melupakan kehidupan usia mudanya demi menjulang nama negara dipersada dunia.

Baca juga:   Pingat perak Azizulhasni akhiri perjuangan negara di Tokyo

“Beliau sememangnya seorang yang amat luar biasa dan sangat berjiwa kental. Datuk Jijoe telah mengorbankan segalanya untuk Malaysia dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghargainya dalam apa juga bentuk sekalipun.

Baca juga:   Wan Ahmad Fayshal tak perlu jadi Syed Saddiq kedua

“Saya mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada Datuk Jijoe kerana telah mengharumkan nama Malaysia serta menggembirakan seluruh rakyat Malaysia dengan pingat Perak yang diperolehinya.

“Kepada Aaron dan Wooi Yik, saya juga berbangga dengan anda berdua dimana anda juga adalah wira negara yang telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia pelbagai bangsa menerusi kemenangan pingat gangsa dan terimalah sumbangan ini sebagai penghargaan daripada saya,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan